SUBANG JAYA: Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerima sumbangan vaksin Pfizer menerusi Program Perkongsian Vaksin Global (Covax), Amerika Syarikat (AS).
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dengan sumbangan itu, Malaysia peroleh sejumlah 6.4 juta dos vaksin keluaran BioNTech termasuk sejuta vaksin sumbangan AS setakat Isnin.
"Sebulan selepas White House mengumumkan mengenai strategi global Program Perkongsian Vaksin Global (Covax), kita berbesar hati untuk menjadi penerima pertama di Asia Tenggara. Itu yang saya dimaklumkan.
"Saya mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters," katanya pada sidang media selepas menyaksikan ketibaan bekalan vaksin itu di Kompleks Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Khairy memberitahu, sumbangan itu adalah simbolik kepada keprihatinan dan kepercayaan kerajaan AS terhadap Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19 serta menyokong program imunisasi global.
"Saya yakin sumbangan vaksin ini adalah tanda keakraban hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan AS di mana kita yakin sumbangan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala," tambahnya.
Beliau juga memberitahu, Malaysia bersyukur sekiranya AS sedia menyalurkan sumbangan vaksin menerusi bantuan fasa kedua di masa akan datang.
Ditanya mengenai 'mix and match' vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca, beliau yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kaedah kombinasi itu.
"Masih lagi dalam kajian dan belum dimuktamadkan lagi oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal.
"Jawatankuasa Kerja Teknikal akan mengemas kini dengan JKJAV," jelasnya.
Sementara itu, McFeeters memberitahu, peruntukan vaksin kepada Malaysia adalah sebahagian daripada komitmen pentadbiran Joe Biden untuk berkongsi bekalan vaksin AS kepada dunia.
"AS komited untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19.
"Kami berharap sumbangan ini akan membantu melindungi rakyat Malaysia daripada virus COVID-19," katanya.
Terdahulu, sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan kerajaan AS yang dibawa dengan penerbangan Raya Airways TH384 selamat tiba jam 8.12 pagi tadi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ketibaan 1 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan AS
Umavathi Ramayah
Mon Jul 05 2021

Khairy (dua dari kanan) ketika menyambut ketibaan 1 juta dos vaksin Pfizer sumbangan kerajaan AS. -Astro AWANI
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
Hamas sahkan adakan perbincangan dengan wakil Amerika Syarkat
Hamas mengesahkan beberapa mesyuarat telah diadakan antara kepimpinan dan Wakil Amerika Syarkat di Doha Qatar.
Konflik Sudan: Badan amal sediakan juadah berbuka
Badan amal menyediakan dan mengedarkan juadah Iftar semasa Ramadan, ketika rakyat negara itu sekali lagi menyambut Ramadan dalam peperangan.
Rancangan serang rumah ibadat direka jenayah terancang
Polis Australia memaklumkan rancangan serangan palsu di rumah ibadat komuniti yahudi di Sydney menggunakan karavan yang dipenuhi bahan letupan direka untuk mengalihkan tumpuan dan sumber penugasan pasukan polis
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Penyelidik UTeM berjaya cipta kaki palsu cetakan 3D, lebih ringan, selesa
Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya mencipta kaki palsu cetakan 3D yang mempunyai pelbagai ciri terkini berbanding produk kaki palsu konvensional di pasaran.

Pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Loke mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan untuk menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.

Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.

Vaksin COVID-19: FDA lulus penuh Pfizer untuk usia 12-15 tahun
Vaksin itu sebelum ini mendapat kelulusan kecemasan bagi kumpulan umur berkenaan sejak Mei 2021.

Vaksin COVID-19: Kanak-kanak bawah lima tahun terima suntikan
Rata-rata menyambut baik keputusan tersebut dengan ibu-bapa membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi.

Vaksin COVID-19: AS mula suntik kanak-kanak bawah 5 tahun 21 Jun ini
Kerajaan persekutuan akan menyediakan 10 juta vaksin kepada pihak berkuasa negeri dan tempatan untuk memulakan vaksinasi meluas.

Vaksin COVID-19: Pfizer didapati selamat untuk kanak-kanak bawah 5 tahun
Berdasarkan ujian klinikal terbaharu, keberkesanan vaksin bagi tiga dos adalah pada kadar 80.3 peratus.

COVID-19 : Vaksin mRNA China sasar Omicron jalani ujian di UAE
Syarikat Suzhou Abogen Biosciences Co Ltd menyertai Pfizer-BioNTech dan Moderna dalam menguji calon vaksin yang diubah suai secara khusus menentang Omicron.

Vaksin COVID-19: Dos penggalak tingkat perlindungan terhadap Omicron - Pfizer
Analisis serum darah 30 kanak-kanak yang menerima dos penggalak menunjukkan peningkatan 36 kali ganda dalam antibodi peneutral Omicron.

Pfizer, BioNTech mohon kebenaran FDA untuk dos penggalak kedua
FDA berkata ia akan menyemak permintaan Pfizer dan BioNTech "secepat mungkin menggunakan pendekatan menyeluruh dan berasaskan sains."

Ibu bapa perlu sasarkan kerisauan kepada jangkitan COVID-19, bukan vaksin
Rata-rata ibu bapa memberi alasan tidak mahu anak mereka diperlakukan seperti "tikus makmal".

PICKids Pahang bermula Isnin
Buat permulaan hanya satu jenis vaksin sahaja yang ditawarkan iaitu Corminaty (Pfizer-BioNTech) dos kanak-kanak.