KUALA LUMPUR: Malaysia menerima penghormatan apabila terpilih sebagai satu daripada dua rakan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) untuk menyertai Inisiatif Menambah Kemahiran IPEF yang menawarkan tujuh juta peluang latihan kepada wanita di seluruh rantau ini meraih kemahiran digital sebagai persediaan untuk pekerjaan berkualiti tinggi.
Dalam kenyataan pada Sabtu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, sebagai penyampaian pertama kepada IPEF, inisiatif menambah kemahiran ini lahir daripada cadangan awal Malaysia kepada IPEF untuk menawarkan manfaat yang jelas kepada rakyat Malaysia melalui bantuan teknikal dan inisiatif pembinaan kapasiti.
"Selain itu, Malaysia menyarankan inisiatif serantau sebagai penyelesaian yang wajar bagi memastikan keselamatan rantaian bekalan yang memerlukan setiap negara mempunyai bekalan stok nasional bagi produk kririkal berikutan ada negara tertentu mempunyai kelebihan berbanding rakan dagangan lain," katanya.
Sehubungan itu, Menteri Kanan MITI Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpandangan, Memorandum Persefahaman mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat pada awal tahun ini, boleh diperluas kepada platform serantau seperti IPEF.
Beliau berkata cadangan itu disambut baik oleh Setiausaha Perdagangan, Gina Raimondo sebagai inisiatif untuk membantu mengukuhkan keuntungan.
Mohamed Azmin yang menghadiri perbincangan menteri-menteri peringkat tertinggi pertama mengenai IPEF di Los Angeles pada 8 hingga Sept 2022 turut berpeluang terlibat dengan pelbagai mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya serta mengadakan perbincangan dengan wakil sektor swasta.
Menurut MITI perbincangan itu merangkumi pelbagai perkara termasuk perkembangan terkini mengenai pelaburan dan perdagangan dua hala, mempermudah kerjasama sektor awam-swasta serta harapan rakan kongsi IPEF pada masa depan.
Mohamed Azmin berkata pelbagai libat urus dan pertukaran pendapat yang kukuh dan terbuka akan menguatkan diplomasi ekonomi antara AS dan rakan IPEF lain ke arah matlamat bersama untuk meningkatkan daya saing, membina daya tahan ekonomi serta merealisasikan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus secara kolektif.
Beliau berkata 14 rakan IPEF menyumbang 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar global dan 28 peratus daripada perdagangan barangan dan perkhidmatan global.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022

Mohamed Azmin berpandangan, Memorandum Persefahaman mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat pada awal tahun ini, boleh diperluas kepada platform serantau seperti IPEF. - Foto fail/BERNAMA

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Potensi pasaran Malaysia pacu pelaburan berterusan AS - Duta
Beliau menekankan perkongsian ekonomi yang berterusan antara AS dan Malaysia selain pelaburan dan peluang pekerjaan yang telah dijana.

Perjanjian perdagangan Indo-Pasifik: Satu tonggak dimeterai, dua dimuktamad dan perdagangan belum diputuskan
IPEF terdiri daripada empat tonggak utama: Perdagangan, Rantaian Bekalan, Tenaga Bersih dan Ekonomi Saksama.

Malaysia terima penghormatan sertai inisiatif menambah kemahiran IPEF - MITI
Malaysia menerima penghormatan apabila terpilih sebagai satu daripada dua rakan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) untuk menyertai Inisiatif Menambah Kemahiran IPEF.

IPEF: AS terima cadangan perluas MOC daya tahan rantaian bekalan semikonduktor
AS menyambut baik cadangan Malaysia untuk meluaskan Memorandum Kerjasama (MOC) mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor yang dimeterai antara dua negara itu ke IPEF.

Yakin IPEF jadikan Malaysia sebagai negara perdagangan utama - Azmin
IPEF merupakan inisiatif ekonomi yang dilancarkan oleh Presiden AS Joe Biden pada 23 Mei lalu.

Malaysia cadangkan penubuhan pusat kecemerlangan IPEF
Ia bagi menyediakan platform yang padu dan tersusun untuk memudahkan pertukaran idea dan cadangan yang lancar dan dinamik.

Malaysia, Singapura bangunkan rangka kerja kerjasama mengenai ekonomi digital & hijau
Malaysia dan Singapura bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama berkaitan ekonomi digital dan hijau dengan matlamat untuk memuktamadkannya pada tahun ini.

Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF), apa kepentingannya?
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mula memperkenalkan secara rasmi Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pada minggu ini ketika jelajah pertamanya ke Asia.

Malaysia, Indonesia setuju perkukuh perpaduan, kekuatan kepusatan ASEAN - Azmin
Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktent