PUTRAJAYA:Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal sebelum bermulanya Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama pada 26 Feb ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.
Beliau berkata vaksin itu perlu diterima lebih awal, bagi membolehkan suntikan awal diberikan kepada 7,000 individu yang akan bertugas memberikan vaksin.
"Kita perlu dahulukan mereka yang akan bertugas memberi vaksin dan 7,000 vaksinator telah dipilih untuk disuntik awal, Oleh itu, (vaksin) ini djangka diterima awal seminggu dari tarikh 26 Feb," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Pada 11 Jan lepas, perjanjian untuk penghantaran fasa pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech BNT1262b ke seluruh negara dimeterai antara kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan (KKM), dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd.
Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari, meliputi 20 peratus populasi Malaysia dengan dua dos seorang.
Dr Adham berkata vaksin itu akan diterima secara berfasa iaitu 148,000 dos pada fasa pertama.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata KKM telah mengenal pasti 55 lokasi penyimpanan vaksin di seluruh negara yang dilengkapi Penyejuk Suhu Ultra Rendah (ULTF), memandangkan vaksin itu perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celsius.
"Vaksin ini perlu dalam suhu -70 darjah Celsius secara berterusan, sehingga ia dikeluarkan untuk disuntik kepada mereka yang terlibat dalam fasa Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama," katanya.
Beliau berkata KKM juga bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd, untuk memastikan tiada ganguan bekalan elektrik berlaku di lokasi penyimpanan vaksin.
Mengenai 600 pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara, Dr Adham berkata tujuh petugas terdiri daripada pegawai perubatan serta jururawat, akan ditempatkan di setiap fasiliti suntikan vaksin.
"Kita jangka dapat memberi 210 suntikan vaksin di satu-satu lokasi sehari dan sekiranya ia berjalan lancar... 120,000 suntikan dapat dijalankan setiap hari di semua 600 pusat pemberian vaksin," katanya.
Beliau berkata KKM akan memastikan pusat pemberian vaksin yang akan dibuka itu, terletak di lokasi strategik dan mempunyai peralatan yang mampu menyimpan vaksin dengan baik.
"Pusat pemberian vaksin ini perlu teratur dan kemas, dan proses pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam jumlah tertentu, kerana kita tidak mahu orang beratur panjang.
"Selain itu, perlu ada sesi rehat untuk mereka yang ambil vaksin dalam 30 minit, kerana kita tidak mahu ada kesan mudarat selepas suntikan," katanya.
Rabu lepas, Dr Adham berkata KKM sudah bersedia untuk melaksanakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama, sebaik bekalan vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada 26 Feb ini.
Menurutnya, sesi latihan awal penghantaran vaksin tersebut ke Klinik Kesihatan Belaga di Sarawak pada 29 Jan dan Hospital Bintulu pada 30 Jan, berjaya dilaksanakan tanpa sebarang isu.
Beliau berkata, latihan awal penghantaran itu adalah untuk memastikan bekalan vaksin dari kilang syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer, di Puurs, Belgium yang menggunakan bekas ultra sejuk, sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Dr Adham berkata vaksin itu perlu diterima lebih awal, bagi membolehkan suntikan awal diberikan kepada 7,000 individu yang akan bertugas memberikan vaksin. - Gambar fail/BERNAMA

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Thailand perhebat vaksinasi di empat wilayah selatan
Kementerian Kesihatan akan mengedarkan satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech ke empat wilayah selatan pada bulan ini.

Kerajaan jamin kelancaran penghantaran vaksin ke seluruh negara
Malaysia memiliki 115 peti simpanan suhu ultra rendah selain menambah lagi 55 buah untuk menyimpan bekalan vaksin yang akan tiba pada Ahad.

Malaysia Airlines dengan Jalur Gemilang terbangkan vaksin COVID-19
Malaysia Airlines yang dihiasi livery Jalur Gemilang akan membawa 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Perolehan picagari 'low dead-volume' sedang dijalankan - Dr Adham
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan perolehan picagari jenis low dead-volume yang diperlukan bagi menjalankan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dengan syarikat tempatan dan luar negara.

Malaysia terima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal - Dr Adham Baba
Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal sebelum bermulanya Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama pada 26 Feb ini.