KUALA LUMPUR: Malaysia terus mendahului di Asia Tenggara dari segi prestasi rangkaian 5G, dengan kelajuan muat turun median 5G negara berada pada paras 451.79 megabait sesaat (Mbps), lebih tinggi daripada kelajuan muat turun Singapura, Thailand dan Filipina, menurut laporan Ookla's Speedtest Intelligence.
Ookla, peneraju global dalam perisikan ketersambungan berkata kelajuan muat turun median 5G Singapura mencapai 329.73 Mbps, Thailand pada 129.40 Mbps dan Filipina 125.14 Mbps.
Laporan itu menjelaskan rangkaian 5G Malaysia mencatatkan skor konsistensi tertinggi di seluruh dunia untuk suku keempat 2023 (S4 2023) pada 97.3 peratus.
"Hasilnya menunjukkan bahawa 97.3 peratus sampel Speedtest Intelligence pada rangkaian 5G Malaysia melebihi ambang ketekalan, yang kini ditetapkan pada kelajuan muat turun minimum 25 Mbps dan kelajuan muat naik minimum 3 Mbps," katanya dalam laporan S4 2023 Speedtest Intelligence.
Sebagai perbandingan, negara teratas lain seperti Macedonia Utara serta Emiriyah Arab Bersatu, melaporkan skor konsistensi yang lebih rendah, masing-masing sebanyak 94.1 peratus dan 93.9 peratus.
Dari segi ketersediaan 5G, Ookla, yang mengkhusus dalam ujian kelajuan internet dan analisis, berkata ketersediaan 5G di Malaysia telah meningkat kepada 27.0 peratus menjelang S4 2023 berbanding hanya 21.0 peratus pada S1.
Malaysia telah menerima pakai pendekatan untuk pelancaran 5Gnya dengan melaksanakan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) melalui pembentukan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 2021.
"Sejak pelancaran lebih dua tahun lalu, rangkaian 5G Malaysia secara konsisten berprestasi baik, menjadikannya salah satu rangkaian 5G berprestasi paling cemerlang di dunia," katanya.
Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia telah mengalami sekurang-kurangnya 1.45 kali peningkatan dalam keseluruhan kelajuan mudah alih mereka merentas semua teknologi.
"Bandar pentadbiran Putrajaya muncul sebagai mempunyai kelajuan muat turun median mudah alih terpantas di negara ini pada 190.86 Mbps, peningkatan lebih daripada 2.5 kali ganda berbanding S4 2022 iaitu pada 61.24 Mbps," katanya.
Bagaimanapun, di sebalik prestasi tersebut, Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jirannya, seperti Singapura serta Thailand, yang masing-masing mempunyai 53.8 peratus dan 45.5 peratus ketersediaan 5G, lebih tinggi daripada Filipina pada 26.2 peratus, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Malaysia telah menerima pakai pendekatan untuk pelancaran 5Gnya dengan melaksanakan model SWN melalui pembentukan DNB pada 2021.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G.

Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.

Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.

Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.