SURAT THANI (Thailand): Malaysia dan Thailand berminat untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pelancongan dan pertanian dengan memanfaatkan potensi kedua-dua sektor terbabit, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Jojie berkata pemain industri di wilayah Surat Thani menyatakan hasrat ingin bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka.
"Pertanian dan pelancongan adalah pemacu ekonomi utama di Surat Thani. Oleh itu, pihak kedutaan boleh membantu menghubungkan perniagaan Malaysia dan Thailand.
"Saya percaya terdapat potensi besar untuk kerjasama antara Malaysia dan Thailand, khususnya di Surat Thani. Lawatan saya dapat membantu mengembangkan rangkaian dan meneroka kaedah untuk meningkatkan perdagangan," katanya kepada Bernama.
Jojie melakukan lawatan kerja ke Surat Thani baru-baru ini dan bertemu dengan gabenornya Jedsada Jitrat, Datuk Bandar Prasert Boonprasop dan Presiden Dewan Perniagaan Surat Thani Kasien Laiyakosit.
Beliau turut melawat Ladang Udang Sirichai, Ladang Madavi, Ladang Durian Mega, loji kuasa biojisim, Green Energy Co Ltd dan syarikat logistik, MS North Star Logistics (Thailand) Co Ltd.
Terletak di selatan Thailand, Surat Thani terkenal dengan keindahan pantainya, hutan hujan yang subur dan budaya warisan yang pelbagai.
Sementara itu, sektor pertanian Surat Thani tertumpu pada penanaman ladang kelapa sawit, getah dan buah-buahan seperti durian di samping hasil laut, seperti udang, tiram dan ketam.
Dalam sektor pelancongan, Surat Thani turut menawarkan lokasi bagi pelancongan kesihatan, pengalaman menyelami budaya dan aktiviti pengembaraan seperti merentas hutan dan penjelajahan pulau.
"Lawatan ke Surat Thani memberi peluang kepada saya bertemu dengan pegawai kerajaan tempatan dan pemimpin perniagaan untuk meneroka bagaimana perniagaan Malaysia boleh mengembangkan kehadiran mereka dalam sektor pertanian dan pelancongan.
"Kunjungan itu juga bertujuan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Thailand seperti yang dibincangkan semasa lawatan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin ke Malaysia ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober," katanya.
Sementara itu, Kasien berkata lawatan kerja Jojie telah membuka peluang baharu bagi kerjasama antara Surat Thani dan Malaysia dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
"Kami berharap dapat menarik pelaburan daripada syarikat Malaysia dalam sektor pertanian. Kami sedang berusaha untuk meningkatkan dan menambah nilai kepada produk pertanian melalui model ekonomi Bio-Circular-Green (BCG). Syarikat-syarikat Malaysia mempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk membantu kami mencapai matlamat," katanya.
Kasien berkata syarikat Thailand dan Malaysia juga boleh bekerjasama dalam industri halal.
"Malaysia sebagai peneraju dalam pertumbuhan industri halal global boleh berkongsi kepakaran dan pengetahuan untuk membantu Thailand bertapak dalam pasaran itu," katanya.
Memandangkan perjalanan melalui jalan raya adalah cara mudah bagi rakyat Malaysia melawat selatan Thailand, beliau mencadangkan agar pemain industri pelancongan meneroka kaedah untuk menarik minat konvoi motosikal kuasa besar dan kumpulan karavan Malaysia melawat Surat Thani melalui jalan darat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023

Pulau Koh Samui adalah antara lokasi tumpuan pelancong di Surat Thani. - Gambar/ AFP Relax
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.