KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mengiktiraf atau melayan sebarang tuntutan remeh yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu ke atas Sabah.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.
"Malah kolokium ini tepat pada masanya kerana kita baru sahaja meraikan sambutan Hari Malaysia yang ke-60 lebih seminggu lepas," katanya dalam ucapan penutup di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial di Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC), di London, pada Isnin.
Zambry berkata, meskipun penghakiman bersejarah yang dibuat oleh mahkamah di Perancis dan Belanda sebelum ini berkaitan tuntutan kumpulan Sulu memihak kepada Malaysia, negara masih berdepan pertempuran dari segi perundangan merentasi pelbagai bidang kuasa di beberapa negara dalam usahanya untuk membatalkan pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir timbang tara dalam kes itu.
"Meskipun kesemua tindakan ini telah mengorbankan sumber yang berharga iaitu dana yang boleh digunakan bagi menyokong perkembangan sosioekonomi di Malaysia, saya ingin mengulangi di sini bahawa Malaysia tidak akan berkompromo dalam usaha melindungi kedaulatan dan integriti wilayahnya," kata beliau.
Zambry juga berkata, apa yang lebih menjengkelkan susulan pemberian award akhir itu ialah hakikat bahawa nasib Malaysia masih diputuskan oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan rantau Asia Tenggara.
"Mengapa kelangsungan dan nasib Malaysia terletak di tangan penimbang tara yang berlagak seperti seorang samseng di Eropah? Ungkapan tidak adil langsung tidak boleh mentafsirkan penjajahan bentuk baharu ini. Malah ia menunjukkan sedari mula lagi, proses timbang tara itu adalah salah. Atau terma yang lebih biasa didengar oleh khalayak hari ini ialah mala fide," katanya.
"Setakat ini, terdapat kebimbangan lebih besar bahawa jika kekurangan dan kelemahan dalam proses timbang tara antarabangsa tidak ditangani dengan segera, negara lain mungkin berdepan nasib yang serupa dengan Malaysia.
"Hakikat bahawa entiti bukan negara boleh meneruskan penguatkuasaan serentak award akhir yang penuh dengan tipu helah itu tanpa persetujuan pihak yang berkaitan atau dalam kata lain, 'forum-shopping' sepatutnya menjadi amaran kepada kita semua di sini hari ini.
"Bagaimana kita boleh membiarkan timbang tara diselubungi oleh dakwaan penyalahgunaan proses dan tindakan yang salah?" kata Zambry.
Beliau berkata, ketika norma, nilai dan amalan biasa semakin menjadi taruhan, semua pihak tidak boleh berdiam diri menyaksikan penyalahgunaan proses timbang tara yang berlaku di depan mata.
"Tidak dinafikan terdapat entiti jahat yang berniat untuk menjejaskan integriti dan kesahihan sistem timbang tara demi kepentingan sendiri.
"Ini akan mengancam prinsip asas keadilan dan kesaksamaan sistem undang-undang yang dipercayai oleh kebanyakan kita. Dengan itu, sudah tiba masanya kita memperbaharui ekosistem litigasi pihak ketiga bagi memastikan keseimbangan yang adil antara akses kepada keadilan dan ketelusan tindakan litigasi," katanya.
Zambry juga berkata, Malaysia mengakui kepentingan timbang tara sebagai sebahagian daripada resolusi pertikaian alternatif, peranan institusi timbang tara antarabangsa dan prosesnya dalam menyelesaikan isu-isu yang rumit.
"Meskipun Tuntutan Sulu telah mengejutkan Malaysia, dan saya percaya, seluruh dunia juga, ia turut menonjolkan hakikat bahawa masanya sudah tiba untuk membaik pulih sistem itu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Zambry berkata, Malaysia mengakui kepentingan timbang tara sebagai sebahagian daripada resolusi pertikaian alternatif, peranan institusi timbang tara antarabangsa dan prosesnya dalam menyelesaikan isu-isu yang rumit. - Gambar fail Astro AWANI
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Muat naik kandungan 3R, lelaki disiasat MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang lelaki tempatan, 47 tahun yang disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.

Pulau Pinang terima penerbangan terus dari sebuah bandar di China suku kedua 2025 - Exco
Pulau Pinang mengalu-alukan laluan penerbangan terus baharu dari sebuah bandar utama di China yang dijangka bermula pada puncak musim perjalanan Minggu Emas Hari Pekerja di China.
Perbelanjaan baiki tandas sekolah cecah RM1 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, masalah infrastruktur sekolah di negara ini antara perkara awal yang menjadi keutamaan ketika diberi tanggungjawab memegang portfolio Menteri Kewangan.
Ramadan tekankan kesedaran bantu golongan kurang bernasib baik
Bulan Ramadan menekankan pentingnya tanggungjawab termasuk kesedaran tambahan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk jiran, kariah dan rakan sekeliling.
Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Perlawanan pertama Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski menentang Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, pada 25 Mac.
[TERKINI] Faisal Halim kembali tersenarai dalam pasukan Harimau Malaya
Tiada pemain warisan baharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya menghadapi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim bulan ini.

98.86 peratus pelajar SBP ambil pakej STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Malaysia sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.

Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry
Sabah diiktiraf PBB dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.

Isu tuntutan waris Sultan Sulu harus dibahaskan di Parlimen - Anifah Aman
Parlimen harus membenarkan isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas negeri Sabah dibahaskan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

Tuntutan kumpulan Sulu: PKR buat laporan polis, desak Najib disiasat
PKR membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu tuntutan daripada waris keturunan Sulu.

Pasukan khas tangani tuntutan waris Sultan Sulu perlu teliti secara mendalam - ABIM
Pasukan khas bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Malaysia disaran meneliti secara mendalam berhubung tuntutan berkenaan.

Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan kerana isu tersebut telah mencemarkan kedaulatan negara.

Tuntutan waris Sultan Sulu: Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan proaktif itu diambil supaya 168 negara itu mengetahui pihak berkenaan membuat tuntutan tersebut secara satu pihak.