KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya memenangi bidaan sebagai tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Dunia 2023, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Presiden Konfiderasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal yang mengesahkan perkara ini berkata bahawa beliau gembira melihat Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah acara itu untuk kali keempat.
"Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan FIH terhadap MHC untuk mengatur dan menganjurkan kejohanan yang besar ini untuk peminat hoki global. Kali terakhir kita menganjurkan acara ini sejak lebih sedekad lalu pada tahun 2009," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia remaja lelaki pada 1982 dan 1989 serta menganjurkan secara bersama dengan negara jiran, Singapura pada 2009.
Subahan menjangkakan kejohanan Piala Dunia Remaja itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan sukan hoki dalam kalangan remaja di Malaysia dan rantau ini.
Beliau berkata MHC akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan, termasuk kerajaan, FIH dan pelbagai pihak berkepentingan untuk memastikan kejayaan penganjuran acara berkenaan.
"Kita berharap keadaan akan bertambah baik pada tahun 2023 dan peminat akan disajikan dengan persembahan menarik dan menakjubkan daripada bintang-bintang masa depan hoki dunia.
"Malaysia begitu teruja untuk menganjurkan acara ini dan berharap dapat menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya," katanya sambil menambah perincian mengenai kejohanan itu akan dimaklumkan dalam beberapa bulan lagi.
Bernama
Fri Jul 02 2021

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia remaja lelaki pada 1982 dan 1989 serta menganjurkan secara bersama dengan negara jiran, Singapura pada 2009. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Dunia 2023
Malaysia berjaya memenangi bidaan sebagai tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Dunia 2023, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Hoki Piala Remaja Asia 2020 diadakan pada Julai 2021
Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh.

KHM sambut baik keputusan FIH tambah kuota kelayakan Piala Dunia
FIH telah mengambil langkah yang cukup baik dengan mempertimbangkan implikasi pandemik COVID-19 kepada semua negara.

AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.

Maruah Malaysia tercalar, kalah kepada Itali
Ternyata kedudukan ranking dunia dan kelebihan selaku tuan rumah tidak membantu skuad Malaysian Tigers merebut slot automatik ke pentas separuh akhir sebagai juara Kumpulan B.

Final Siri Hoki Dunia: Mirnawan kecewa FIH batalkan penggunaan sistem video rujukan pengadil
Mirnawan menganggap sistem itu penting dalam membantu pengadil menentukan keputusan perlawanan, apatah lagi ia turut menjadi saingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Malaysia tawar diri tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
MHC akan turut menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki 2019 dan Pusingan Akhir Siri Dunia Wanita 2021.

Malaysia minat jadi tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata FIH percaya Malaysia mempunyai kemudahan dan keupayaan untuk menganjurkan kejohanan baharu bagi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keputusan kes doping Kumar sebelum 5 April ini
Subahan berkata FIH akan memutuskan sama ada Kumar perlu menjalani sesi pendengaran atau terus dijatuhi hukuman berhubung kes doping berkenaan.

Faizal mahu skuad hoki negara beraksi di Olimpik
Pemain penyerang Faizal Saari menetapkan impiannya untuk bermain pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.