PUTRAJAYA: Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat ke-23 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menteri-Menteri Sub-Serantau (MSC) dan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang akan berlangsung tahun depan.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat itu dijangka diadakan pada Mei 2022 di Putrajaya namun tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19.
Malaysia melalui delegasi yang diketuai Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyertai Mesyuarat Ke-22 MSC dan TWG Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan secara dalam talian pada semalam dan hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia Dr Alue Dohong yang juga selaku tuan rumah, manakala Malaysia berperanan sebagai timbalan pengerusi mesyuarat, menurut KASA.
Mesyuarat tahunan itu turut melibatkan empat lagi negara MSC di rantau ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand bagi membincangkan strategi pencegahan pencemaran jerebu merentas sempadan serta isu-isu berkaitan.
Menurut kenyataan KASA itu, sepanjang 2020 dan 2021, tiada sebarang insiden jerebu merentas sempadan berlaku di rantau ASEAN dan negara MSC turut melaporkan tindakan pencegahan di peringkat nasional dan sub-serantau yang telah dilaksanakan sepanjang 2021.
"Negara ASEAN berikrar untuk memberikan komitmen berterusan dalam mencegah dan menangani pembakaran terbuka khususnya melibatkan hutan, ladang dan tanah gambut yang menjadi punca utama jerebu merentas sempadan," menurut KASA.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021

Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat ke-23 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menteri-Menteri Sub-Serantau (MSC) dan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang akan berlangsung tahun depan. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Ekonomi digital negara dijangka lepasi 25 peratus KDNK menjelang 2025 - PM
Pada 2021 sahaja, sektor ekonomi digital telah mencapai 22.6 peratus KDNK.

Konfederasi Sepaktakraw Malaysia kukuh, tak 'goyang' - Presiden
Kedudukan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) sebagai entiti baharu sepak takraw negara, tetap kukuh walaupun satu ahli gabungannya bertindak 'mengangkat kaki' meninggalkan mereka.

Kilang peleburan 120 tahun lewati tempoh senja, sebaliknya sinar kian cerah buat MSC
Prospek syarikat kekal utuh apabila kilang di Pulau Indah, Selangor mencapai kapasiti penuh untuk memenuhi permintaan global terhadap timah.

MSC kini sah ahli gabungan ASTAF
Perkara itu disahkan oleh Presiden ASTAF Abdul Halim Kader.

Malaysia tuan rumah Mesyuarat MSC Mengenai Jerebu 2022
KASA dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat itu dijangka diadakan pada Mei 2022 di Putrajaya namun tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19.

MDEC tingkatkan penglibatan MSC Malaysia dalam ekonomi digital
MSC berusaha mempercepatkan penyertaan semua pihak dalam ekonomi digital dan menangani kebimbangan mengenai jurang digital.

MSC 2.0 bakal tarik lebih banyak pelaburan digital baharu ke Malaysia - Mustapa
Sehingga 31 Disember 2020, MSC Malaysia telah membantu negara meraih pelaburan berjumlah lebih RM384 bilion dan pendapatan berjumlah RM588 bilion.

Lancar MSC pada 1995, Malaysia sepatutnya sudah jauh ke hadapan dalam dunia digital
Malaysia sangat bagus dalam mengenal pasti keperluan digital dalam negara namun ada masalah serius untuk memenuhi keperluan tersebut.

Pelan induk baharu Cyberview bakal rancakkan Cyberjaya
Pelan induk itu membayangkan Cyberjaya menjadi destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat teknologi.

Kerajaan akan tubuhkan Majlis Keterangkuman Digital Kebangsaan - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan tersebut akan dibawa ke kabinet bagi mendapatkan persetujuan.