ABU DHABI: Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menjalinkan kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) pelaburan antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) dalam usaha meluaskan lagi hubungan sedia ada, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kedua-dua negara juga meluluk (meneroka) ruang lingkup kerjasama berkaitan tenaga boleh baharu (TBB) antara MIDA dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC - MASDAR.
Menurutnya MoU ini bertujuan membangunkan secara bersama kapasiti sebanyak 10 gigawatt bernilai AS$8 bilion dalam sektor TBB di Malaysia menjelang 2025.
Anwar berkata kesepaduan kerjasama Malaysia-UAE berkaitan perdagangan dan pelaburan turut diharmonikan dengan pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja sebagai Pengerusi Malaysia-UAE Business Council (MUBC), manakala Naib Presiden Kanan Mubadala Energy Rashid Alblooshi mewakili UAE.
"Insya-Allah, Malaysia dan UAE akan terus meneroka bentuk kerjasama dan hubungan yang lebih erat bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara," katanya dalam catatan di Facebook beliau.
Terdahulu, Anwar yang dalam lawatan kerja dua hari ke UAE bermula Khamis, telah diterima menghadap Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi di Istana Qasr Al Shati' di sini.
Beliau yang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sesi itu merupakan ruang lingkup bagi bertukar pandangan serta idea berkaitan isu glokal yang terkait selain perbincangan untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan sedia ada.
"(Ini) khasnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, TBB, keselamatan makanan dan lain-lain yang memenuhi visi kedua-dua negara untuk masa depan yang mampan dan makmur," katanya yang tiba di sini pada 5 pagi Khamis (9 pagi waktu Malaysia).
Selain bertemu dengan Sheikh Mohamed, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelaburan UAE Mohamed Hassan Al Suwaidi.
Perdana Menteri juga mengadakan sesi tidak rasmi dengan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Lulu Group International M. A. Yusuff Ali, Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan dan CEO Kumpulan Mubadala Khaldoon Al Mubarak.
Anwar turut menghadiri persidangan meja bulat bersama barisan pemimpin industri di UAE.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima dari kiri) menghadiri persidangan meja bulat bersama barisan pemimpin industri di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, pada Khamis. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Malaysia, UAE jalin kerjasama pelaburan - PM Anwar
MoU bertujuan membangunkan secara bersama kapasiti sebanyak 10 gigawatt bernilai AS$8 bilion dalam sektor TBB di Malaysia menjelang 2025.