KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menyokong Afrika Selatan dalam tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Genosid menyeru Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan menamatkan kekejamannya terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta.
Malaysia mengulangi komitmen untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin di semua platform dan menantikan keputusan perbicaraan ICJ.
"Malaysia menyambut baik permulaan perbicaraan terbuka kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ yang diadakan pada 11 hingga 12 Jan," menurut kenyataan Wisma Putra.
Permohonan itu difailkan pada 29 Dis 2023, berkaitan dengan pencabulan Israel terhadap obligasinya di bawah Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid ("Konvensyen Genosid") terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Semasa hujah lisannya, Afrika Selatan menegaskan kepentingan segera supaya ICJ menetapkan langkah-langkah sementara termasuk mengarahkan Israel menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta merta.
Afrika Selatan telah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh mengenai niat dan perbuatan genosid yang melanggar Konvensyen Genosid.
Hari kedua akan disambung dengan hujah lisan daripada pihak Israel. Keputusan ICJ berhubung langkah-langkah sementara dijangka akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Malaysia akan terus menyokong Afrika Selatan dalam tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). - Foto AP
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.