KETIKA saya mempersembahkan warkah kepada DYMM YDPA, sebagai wakil 55 rakyat Malaysia yang terkenal, yang mencadangkan penubuhan siding rakyat Better Malaysia Assembly (BMA) untuk pembaharuan negara, tercetus di arus perdana dan media sosial pertukaran pendapat yang menyokong dan menentang idea itu.
Itulah reaksi yang saya harapkan. Persidangan BMA memerlukan sokongan ikhlas masyarakat, yang hanya tercapai sekiranya dikupas menerusi debat dan kritikan terbuka. Menerusi proses ini, kami juga menyahut idea dan cadangan penambahbaikan daripada para pengulas.
Namun, saya tidak menjangka rintihan segolongan yang mendakwa bahawa BMA merupakan suatu amalan elitis yang merosotkan proses demokrasi sedia ada. Golongan ini mungkin terlalu tertumpu pada beberapa nama dalam senarai 55 penandatangan surat BMA, dan bukannya pada kandungan surat tersebut. Ternyata bahawa 55 penandatangan tersebut, yang terdiri daripada rakyat Malaysia terkenal dan berbeza-beza latar belakang, hanyalah sekadarmenyatakan sokongan mereka kepada idea BMA.
Warkah tersebut tidak menyatakan atau membawa apa-apa harapan bahawa para penandatangan akan terlibat dalam persidangan BMA. Sebaliknya, tatacara pemilihan ahli BMA telah dijelaskan.
Jika diteliti, para penandatangan bukanlah pakatan elit tetapi terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, seperti bekas ahli politik, penjawat awam, tokoh perniagaan, tokoh NGO, aktivis belia (seperti pengasas Undi 18), dan ahli kesatuan sekerja (termasuk setiausaha agung Kesatuan Kebangsaan PekerjaPekerja Bank). Kami telah berusaha supaya senarai penandatangan meliputi pelbagai pandangan dan pegangan.
Ada kalanya sukar untuk meyakinkan sesetengah daripada penandatangan untuk melibatkan diri dengan yang lain, kerana pendirian yang bercanggah dalam isu-isu yang menimbulkan perbalahan. Tetapi itulah sebenarnya apa yang kami cuba buktikan: rakyat Malaysia perlu rela berkongsi platform dengan individu yang mereka tidak bersetuju malah tidak suka, demi mencari jalan penyelesaian dan kompromi untuk menggerakkan negara kita ke hadapan.
Maka, golongan yang membantah cadangan BMA kerana tidak menyenangi sebilangan nama dalam senarai penandatangan telah tersalah faham. Semangat berkompromi dan bermuafakat yang mendasari cadangan BMA bermakna setiap orang akan mengenal pasti nama dalam senarai penandatangan yang bersependapat dan tidak.
Gambaran BMA sebagai elitis juga jauh tersasar. BMA merupakan satu persidangan yang membolehkan rakyat jelata, pakar bidang khusus, wakil masyarakat dan lainlain untuk berkongsi pandangan dan membincangkan isu-isu sistemik utama, kemudian mengesyorkan pembaharuan untuk dipertimbangkan oleh Parlimen. BMA sebenarnya bertentang dengan elitisme, kerana persidangan ini meluaskan penglibatan rakyat dalam pembahasan perkara-perkara yang mustahak bagi negara.
Walaupun sudah menjadi kebiasaan untuk pihak kerajaan menubuhkan majlis penasihat dan jawatankuasa, penubuhan BMA pula harus menjadi ikhtiar kolaboratif yang melibatkan badan eksekutif, badan legislatif, masyarakat sivil dan pihak istana, supaya platform BMA bersifat, dan turut dilihat bersifat, bebas dan tidak terikat kepada mana-mana institusi atau cabang kerajaan.
Turut menghairankan ialah dakwaan bahawa BMA seolah-olah ketinggalan zaman kerana merujuk kepada Majlis Perundingan Negara yang ditubuhkan pada tahun 1970. Kita tidak seharusnya segan menggunakan semula idea yang baik dari masa lalu. Tambahan, BMA sebenarnya menyeru Malaysia supaya memperkenalkan "demokrasi berperundingan", salah satu topik terkini dalam kajian dan aplikasi konsep demokrasi.
Menurut OECD, antara 1979 dan 2021, terdapat 566 platform rundingan di seluruh dunia. Platform tersebut membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dan mengemukakan cadangan kepada badan legislatif mengenai pelbagai isu, daripada isu perbandaran kepada persoalan perlembagaan, mengikut terma perbincangan masing-masing.
Ia jauh sekali konsep lapuk, platform-platform ini menampilkan evolusi demokrasi yang bertujuan menangani defisit kepercayaan terhadap ahli politik dan pegawai diundi yang wujud di seluruh dunia. Seperti yang dinyatakan oleh ahli sains politik Harvard Hélène Landmore, "sejarah demokrasi merupakan sejarah pemerluasan hak mengundi."
Pembangunan sistem pemerintahan untuk membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam mencari penyelesaian kepada persoalan rumit negara secara bertanggungjawab dan representatif semakin popular, akibat kepincangan sistem demokrasi yang bergantung semata-mata kepada wakil rakyat yang dikuasai oleh parti politik.
Dengan adanya demokrasi berperundingan, tidak bermaksud wakil rakyat menjadi tunggul; sebaliknya, konsep demokrasi deliberatif meningkatkan keberkesanan wakil rakyat dengan menyediakan pelbagai perspektif dan pandangan. Reka bentuk sidang-sidang rakyat bersifat inklusif: wakil-wakil dipilih melalui proses yang akan membawa kepada kumpulan peserta yang berbagai-bagai latar dan lebih representatif.
Ini ternyata berbeza dengan demokrasi perwakilan, di mana kita hanya memilih individu yang dicalonkan oleh parti politik dan individu tersebut sering terpaksa akur dengan arahan whip parti. Gabungan perspektif dan pandangan rakyat, bersama dengan input daripada pakar teknikal dan profesional, membekalkan kepelbagaian kognitif yang membantu usaha mencari penyelesaian dan kompromi. Pembentangan syor-syor persidangan rakyat kepada parlimen bererti demokrasi deliberatif sama sekali tidak meruntuhkan demokrasi perwakilan tetapi mengukuhkannya.
Terdapat beberapa kajian kes demokrasi deliberatif yang berjaya. Di Ireland, Sidang-sidang Rakyat telah dijalankan untuk membincangkan isu-isu perundangan dan dasar yang penting seperti hak wanita berkenaan pengguguran janin, gerak balas terhadap cabaran populasi semakin tua, perubahan iklim, dan mutakhir, kesaksamaan jantina.
Ahli-ahli sidang dipilih daripada daftar pengundi secara rawak, untuk mencerminkan masyarakat Ireland. Mereka bersidang dalam satu tempoh yang telah ditetapkan untuk membincangkan isu-isu dalam agenda serta mempertimbangkan penghujahan daripada orang awam dan kumpulan penasihat pakar.
Syor-syor persidangan kemudian dibentangkan dalam Parlimen Ireland untuk maklum balas rasmi, yang wajib dikemukakan. Maklum balas rasmi terhadap syor-syor persidangan termasuk jawapan parlimen daripada kementerian berkaitan, dan penubuhan jawatankuasa bersama mengenai isu yang dibangkitkan untuk siasatan lebih lanjut. Dalam isu pengguguran janin, satu referendum, atau pungutan suara, untuk meminda Perlembagaan Ireland telah diadakan berikutan penemuan Jawatankuasa Parlimen. Kebanyakan warga Ireland telah mengundi menyokong syor persidangan.
Di Perancis, susulan protes Rompi Kuning (Yellow Vest) tahun 2018, Presiden Macron telah menubuhkan Konvensyen Rakyat berkenaanIklim, yang merupakan salah satu daripada langkah beliau untuk menggalakkan proses penggubalan dasar yang lebih inklusif.
Konvensyen tersebut dipertanggungjawabkan dengan satu mandat: untuk menentukan langkah-langkah yang dapat menurunkan pengeluaran gas rumah hijau Perancis sekurang-kurangnya 40% menjelang tahun 2030, yang kemudiannya akan diundi di parlimen Perancis. 150 ahli telah dipilih secara rawak untuk mengambil bahagian, dan sepanjang 7 sesi hujung minggu, mereka menerima penghujahan daripada saintis dan pakar, membincangkan isu-isu, dan menyediakan satu set langkah-langkah untuk diserahkan kepada Kerajaan.
Walaupun Macron pada mulanya berjanji bahawa langkah-langkah tersebut akan dibentangkan 'tanpa ditapis', rang undang-undang iklim yang diperkenalkan di Parlimen hanya memasukkan 40% daripada cadangan asal.
Di Chile, Konvensyen Perlembagaan yang mempunyai 155 orang ahli sedang merangka perlembagaan baharu, termasuk peruntukan-peruntukan luas mengenai penyertaan awam. Konvensyen tersebut ditubuhkan melalui referendum awam, dan ahli Konvensyen dipilih melalui pilihan raya, di mana 68% adalah calon bebas (termasuk kerusi yang dikhaskan untuk komuniti pribumi), manakala orang ramai boleh mengemukakan dan menyokong cadangan melalui platform penyertaan awam digital.
Dengan mengambil kira pelbagai perkara perbincangan, ahli-ahli Konvensyen perlu menggubal dan meluluskan perlembagaan baharu dalam tempoh 9 bulan, yang kemudiannya mesti disahkan melalui referendum. Kajian-kajian kes ini menunjukkan bahawa penyertaan awam yang lebih mendalam dalam penggubalan dasar melalui platform deliberatif digunakan untuk mengetengahkan isu-isu penting kepada rakyat, dalam kes di mana wakil rakyat tidak dapat atau tidak mahu berbuat demikian.
Sudah tentu, terdapat contoh demokrasi deliberatif lain di seluruh dunia yang berkisar tentang isu-isu tempatan seperti undang-undang lalu lintas dan penggunaan air, tetapi seperti yang kita lihat, demokrasi deliberatif juga boleh digunakan dengan berkesan untuk matlamat nasional yang substantif.
Sebahagian besar para pengulas bersetuju bahawa Malaysia, jika dibandingkan dengan negara lain, merupakan sebuah negara yang semakin mundur, dan sesuatu perlu dilakukan. Mereka menyedari hakikat bahawa daya hidup dan dinamisme negara kita terjejas. Kita semua mahu negara yang mampu bangkit daripada wabak ini dan mencakupi peluang baharu yang bakal muncul. Namun harapan tersebut sukar dibayangkan, memandangkan wacana awam yang dipenuhi konflik dan pendekatan masa dahulu terhadap isu masa kini.
Seelok-eloknya kita berikhtiar meluaskan ufuk minda dan memperkasakan semua rakyat Malaysia untuk berdikari dan berkeyakinan di pentas dunia. Sebaliknya apa yang kita lihat menerusi institusi kerajaan adalah pemesatan dasar tindakan afirmatif masa dahulu yang memanjakan golongan penerima dan mengecewakan golongan lain. Kita telah menyaksikan akibat dasar-dasar tersebut setelah berleluasa selama beberapa dekad dan generasi: amalan rasuah yang tersebar, budaya biasa-biasa sahaja, dan brain drain yang semakin parah apabila terlalu ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai latar giat meninggalkan hujan batu di negara sendiri untuk mencari hujan emas di negara orang.
Hakikat ini tidak bermaksud Malaysia tidak lagi perlu tindakan afirmatif; sebaliknya, perlu membincangkan dasar tersebut. Kita perlu bertanya sama ada Dasar Ekonomi Baru masih perlu, dan sekiranya perlu, siapa yang memerlukannya, cara terbaik untuk menyediakannya dan bagaimana untuk mengurangkan kesan sampingannya.
Pada masa yang sama, kita perlu menilai impak apa-apa perubahan dalam dasar tindakan afirmatif terhadap pihak-pihak berkepentingan. Beginilah pendekatan BMA terhadap dasar tindakan afirmatif. BMA akan mempertimbangkan keadilan, secara keseluruhan, pakej pembaharuan yang disyorkan, termasuk syor yang berkaitan dengan pendidikan, sekolah vernakular, pilihan raya, peranan dan kebebasan institusi, integrasi nasional dan pembendungan rasuah.
Kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa masyarakat Malaysia kekal terpisah mengikut garis etnik, maka kesan pembaharuan terhadap kaum-kaum berbeza wajar dinilai dan disokong oleh justifikasi kukuh sebagai ikhtiar membina Malaysia dan bangsa Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.
Saya tidak menjangka bahawa BMA atau mana-mana sidang rakyat merupakan penawar serba mujarab untuk semua masalah negara. Apa yang dicadangkan ialah pengamalan demokrasi berperundingan dan pewujudan ruang yang selamat untuk rakyat Malaysia mengadakan perbualan yang jujur dan bermakna antara satu sama lain bab perihal kebangsaan, dan mencadangkan penyelesaian yang lebih baik untuk isu-isu yang paling diperselisihkan, kemudiannya dikemukakan kepada wakil rakyat supaya dipertimbangkan, dibahaskan dan dilaksanakan bagi memperbaikkan bangsa Malaysia.
Cadangan BMA merupakan cadangan untuk membantu membetulkan arah negara kita. BMA bukannya terjamin sebagai cara terbaik untuk mara ke hadapan, tetapi kami perlu cara baharu, di mana cadangan BMA disokong oleh 55 orang rakyat Malaysia terkenal. Berdasarkan reaksi awal orang ramai, ternyata ramai lagi rakyat Malaysia bersetuju dengan kami.
Kepada mereka yang tidak, saya berminat untuk faham sama ada anda berpuas hati dengan arah semasa negara kita, atau mempunyai idea yang lebih baik untuk diusahakan. Itulah wacana konstruktif yang perlu diadakan pada peringkat ini.
* Tan Sri Nazir Tun Razak merupakan Pengerusi Ikhlas Capital
** Artikel ini adalah pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian penulis, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Nazir Razak
Sat Feb 19 2022

BMA sebenarnya menyeru Malaysia supaya memperkenalkan demokrasi berperundingan, salah satu topik terkini dalam kajian dan aplikasi konsep demokrasi. - Gambar hiasan

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.