SKUAD hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas mengalami kekalahan kedua kepada New Zealand dalam perlawanan ujian kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Selasa.
Pasukan bimbingan Roelant Oltmans itu tumpas 3-4 kepada New Zealand, selepas kalah 1-2 dalam perlawanan ujian pertama di venue yang sama pada 16 Nov lepas.
Pada aksi pada Selasa itu, skuad 'The Black Stick' itu terlebih dahulu berada di hadapan pada minit keempat menerusi gol padang yang menarik daripada George Muir, sebelum Aidan Sarikaya menggandakan jaringan pada minit ke-20.
Pasukan Malaysian Tigers berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi gol padang Firhan Ashari, selang satu minit kemudian.
Dalam suku ketiga permainan, bermula daripada pukulan sudut penalti, penyerang prolifik kebangsaan Faizal Shaari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42.
Namun, segala-galanya berubah pada suku keempat perlawanan apabila New Zealand berjaya menjaringkan dua lagi gol melalui pukulan sudut penalti Shea McAleese pada minit ke-47 dan Kane Russell (minit ke-51) manakala Malaysia hanya menambah satu gol hasil jaringan Nabil Fikri pada minit ke-48.
Malaysia, pemenang pingat perak Sukan Asia 2018, terus berusaha mendapatkan gol penyamaan, namun gagal menembusi gawang pasukan nombor kesembilan dunia itu, biarpun mengubah strategi kepada 'powerplay' dengan membawa masuk pemain bahagian hadapan bagi menggantikan penjaga gol, tetapi usaha itu tidak berhasil sekali gus menyaksikan skuad negara tumpas buat kali kedua.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Oltmans berkata masih ada ruang buat pasukannya untuk memperbaiki corak permainan mereka sebelum berlepas ke India pada 25 Nov ini.
"Kita perlu memperbaiki bahagian pertahanan yang saya lihat agak rapuh. Pada suku ketiga perlawanan, pemain kita berjaya menemui kembali rentak permainan, namun di suku keempat, New Zealand mengubah strategi dan berjaya menjaringkan gol," katanya.
Skuad negara akan sekali lagi berdepan pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018 itu dalam perlawanan ujian ketiga pada Khamis ini, di venue yang sama.
Malaysia dijangka berdepan tugas berat dalam kempen Piala Dunia 2018 yang dijadual berlangsung dari 28 Nov hingga 16 Dis ini, selepas diundi dalam Kumpulan D bersama-sama tiga bekas juara dunia - Pakistan, Belanda dan Jerman.
Dalam edisi lepas pada Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan tercorot daripada 12 pasukan yang bersaing pada kejohanan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018

Pemain New Zealand Inglis Hugo (tengah) cuba merebut bola daripada pemain Pasukan Malaysia Ramadan Rosli (kiri) pada perlawanan persahabatan hoki di antara Malaysia dan New Zealand di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Selasa. - Foto Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Malaysian Tigers dikecewakan New Zealand sekali lagi
Skuad hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas mengalami kekalahan kedua kepada New Zealand dalam perlawanan ujian kedua d