PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia dan Singapura akan memulakan perbincangan khusus bagi mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan untuk rakyat masing-masing, sebagai mempermudahkan lagi perjalanan merentasi sempadan antara dua negara berkenaan.
Ia merupakan antara yang dipersetujui kedua-dua negara, selepas mesyuarat tertutup antara Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Putrajaya hari ini.
Dalam sidang media bersama, kedua-dua Menteri berkata, Malaysia dan Singapura turut bersetuju untuk mempercepatkan lagi program vaksinasi masing-masing bagi penduduk jangka panjang, termasuk rakyat Malaysia yang menetap di Singapura, dan rakyat Singapura yang menetap di Malaysia.
Selain itu, mereka juga bersetuju untuk memulakan pergerakan antara sempadan secara berperingkat seperti Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan susulan berkata, pertemuan kedua-dua rakan sejawat itu menunjukkan hasil yang positif, dan perbincangan menyentuh mengenai program vaksinasi rakyat masing-masing, serta kaedah terbaik untuk memudahcara perjalanan antara dua negara tersebut.
“Perincian pelaksanaan mengenai pengiktirafan timbal balik sijil vaksinasi antara Malaysia dan Singapura, termasuk keperluan, protokol kesihatan, dan proses permohonan melibatkan pintu masuk dan keluar kedua-dua negara akan diperhalusi dan dimuktamadkan kedua-dua pihak.
“Kedua-dua Menteri mengesahkan kembali hubungan yang baik dan lama antara Malaysia dan Singapura, serta peri pentingnya usaha mengukuhkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam mengatasi cabaran bersama akibat pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu lagi.
Ini, jelas Kementerian lagi, termasuk pengembalian semula pergerakan rakyat, penjagaan kesihatan awam dan keselamatan penduduk di kedua-dua negara.
Firdaus Azil
Tue Mar 23 2021
![Malaysia-Singapura perhalusi proses pengiktirafan sijil vaksinasi rakyat kedua-dua negara Malaysia-Singapura perhalusi proses pengiktirafan sijil vaksinasi rakyat kedua-dua negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616485015_HishammuddinTunHus.jpg)
Malaysia dan Singapura juga bersetuju untuk memulakan pergerakan antara sempadan secara berperingkat seperti Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA). - Foto BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733045168_AhmadZahidHamidi.jpg)
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
![Isu kewarganegaraan: Jangan samakan saya dengan Hishammuddin - Saifuddin Isu kewarganegaraan: Jangan samakan saya dengan Hishammuddin - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711380841_TBSaifuddinNasution.jpg)
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
![Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708480609_TBTaibMahmudjpg.jpg)
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
!['Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin 'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698301699_Hishammuddin.jpg)
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
![Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697065525_TBH.jpg)
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
!['Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin 'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692566635_HishammuddinHussein.jpg)
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
![PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691334494_HarrisonJeram.jpg)
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
![Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686560014_TBHishammuddin.jpg)
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
![Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686312243_TBkj.jpg)
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
![Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686053547_TBHishamuddin.jpg)
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.