KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura sedia meningkatkan kerjasama strategik dua hala, termasuk dalam aspek pembangunan semula bandar, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata perkara itu diputuskan bersama dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura Desmond Lee Ti-Seng, semasa menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya itu, semalam.
Menerusi catatan di Facebooknya, Kor Ming berkata Lee menzahirkan keyakinan Singapura terhadap usaha dilaksanakan Malaysia, yang giat memacu perancangan dan pembangunan semula bandar di negara ini.
"Dalam hal itu, Menteri Desmond Lee dan delegasinya menyatakan hasrat Singapura untuk mempertingkatkan kerjasama strategik dua hala yang lebih erat, dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam masa terdekat," katanya yang turut memuat naik gambar pertemuan tersebut.
Kor Ming berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, telah mengenal pasti 139 tapak yang daif dan usang di ibu kota, yang memerlukan usaha-usaha pembangunan semula.
Beliau berkata perancangan dan pembangunan semula bandar, akan merancakkan lagi ekonomi setempat melalui penawaran pekerjaan baharu, sekali gus menyumbang kepada nilai ekonomi yang tinggi.
Kor Ming berkata selain bertukar pandangan berhubung hal-hal berkaitan dengan perancangan dan pembangunan semula bandar, pertemuan selama dua jam itu turut diisi dengan perbincangan mengenai soal perumahan, kebombaan dan pertahanan awam.
Beliau berkata dari segi kebombaan, Singapura turut bersetuju mengadakan latihan bersama Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia di Civil Defence Academy, Singapura, selepas ini.
"Semua cadangan ini akan diperhalusi ketika sesi pemukiman antara Malaysia dan Singapura pada 30 Okt ini di Singapura," katanya.
Lee sedang dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia bermula 8 Okt lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Kor Ming berkata perkara itu diputuskan bersama Desmond Lee Ti-Seng, semasa menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya itu, semalam. - Gambar FB Nga Kor Ming
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Manfaatkan internet percuma untuk tingkatkan ekonomi, pelancongan di Kampung Mondikot
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu penduduk Kampung Mondikot di sini memanfaatkan sepenuhnya internet berkelajuan tinggi yang disediakan secara percuma bagi meningkatkan ekonomi setempat.
Lebih banyak loji biogas berpusat perlu diwujudkan - Chan
Kementerian Perladangan dan Komoditi berharap lebih banyak loji biogas berpusat dapat diwujudkan oleh pemain industri dalam usaha memaksimumkan penggunaan sisa kelapa sawit.
Masalah bekalan air di Jertih jejaskan ekonomi penduduk setempat
Antara yang terkesan dengan masalah itu ialah perniagaan kedai dobi dan pengusaha resort di dalam kawasan tersebut.
Malaysia-Singapura tingkat kerjasama strategik dalam pembangunan semula bandar - Kor Ming
Malaysia dan Singapura sedia meningkatkan kerjasama strategik dua hala, termasuk dalam aspek pembangunan semula bandar, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
RTC Sungai Rambai buka peluang penduduk setempat jana ekonomi - Exco
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai buka peluang pada penduduk setempat menjana ekonomi selain mewujudkan peluang pekerjaan.