KUALA LUMPUR: Dengan kos RM20 juta, filem Malbatt Misi Bakara bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air.
Pengarahnya, Adrian Teh, mengakui selain penggambaran di Turki selama 7 minggu yang memakan kos yang tinggi, faktor mahu menceritakan kisah sebenar antara penyebab ia menelan belanja yang tinggi.
"Uniform yang dipakai semasa misi itu sudah obsolete, kami tidak dapat sewa, jadi uniform yang dipakai pelakon, kainnya kami cetak di Indonesia.
"Armoured personnel carrier (APC) juga tidak boleh dibawa dari Malaysia kerana prosesnya sangat sukar, jadi kami bina sendiri di sana.
"Begitu juga dengan penggunaan teknologi CGI, tidak banyak tetapi penting untuk menampakkan seperti kita di tahun 1993.
"Sejauh itulah kami serius dalam usaha mahu menceritakan kisah yang sebenar kepada masyarakat," katanya dalam sidang media pelancaran filem tersebut di Hotel Berjaya Times Square, pada Sabtu.
Mewakili pihak penerbit, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Pictures menegaskan, mereka tidak teragak agak-agak untuk mengeluarkan belanja yang tinggi demi memastikan kisah wira sebenar insiden Black Hawk Down itu dapat diceritakan kepada masyarakat.
"Filem ini mustahak untuk betulkan fakta. Black Hawk Down tunjukkan Amerika Syarikat sebagai hero tetapi kita tahu askar Malaysia adalah hero sebenar.
"Selain itu, saya nampak peluang untuk filem ini membuat keuntungan, boleh dijual kepada banyak negara seperti Asia Barat, China, Indonesia dan saya pasti negara-negara Islam juga akan memberi sokongan. Kalau dapat capai seperti Mat Kilau, sudah cukup bagus," ujarnya.
Filem ini akan membawa penonton menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.
Sebelum ini, penggemar filem sudah disajikan dengan filem Hollywood berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, namun filem berdurasi hampir tiga jam itu, hanya sekali dialog 'Malay Army' disebut.
Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.
Dibintangi Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi dan ramai lagi, filem yang turut mendapat kerjasama enam syarikat penerbitan termasuk Astro Shaw ini dijangka menemui penonton tahun hadapan.
Madiha Abdullah
Sat Sep 10 2022
Para pelakon bersama pengarah, Adrian Teh pada majlis pelancaran filem Malbatt Misi Bakara. - IG @gscmovies
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Malbatt: Misi Bakara pupuk semangat patriotik melalui kisah benar
Filem "Malbatt: Misi Bakara" diyakini mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penonton kerana ia berdasarkan kisah misi dan perjuangan sebenar anggota Batalion Malaysia (Malbatt).
Hairul Azreen umum bersara jadi pelakon, Malbatt: Misi Bakara filem terakhir
Keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah puas berada di dalam industri lebih 15 tahun.
Disangka perang sebenar, pengarah cemas penggambaran 'Malbatt' hampir batal
Penggambaran filem itu yang melibatkan pelbagai aksi termasuk tembak-menembak dan letupan telah menimbulkan salah faham sehingga menjadi tular di negara tersebut.
Filem Malbatt: Misi Bakara mula tayang 24 Ogos depan
Pengarah filem Malbatt: Misi Bakara Adrian Teh memaklumkan filem yang mengangkat perjuangan kisah wira negara sekali gus dapat dijadikan inspirasi penonton akan mula ditayang bermula 24 Ogos ini.
Malbatt Misi Bakara bawa kisah hero sebenar Black Hawk Down
Filem Malbatt Misi Bakara bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air.