KUALA LUMPUR: Filem "Malbatt: Misi Bakara" diyakini mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penonton kerana ia berdasarkan kisah misi dan perjuangan sebenar anggota Batalion Malaysia (Malbatt).
Pengarah filem Adrian Teh berkata misi itu menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis daripada Malbatt 1 menyelamatkan 70 anggota tentera Amerika Syarikat atau US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada 1993.
"Saya melihat ada unsur-unsur patriotik sebab dalam Malbatt: Misi Bakara ini saya berani cakap adegan yang ada dalam filem itu telah mendapatkan pengesahan daripada pihak Tentera Darat Malaysia serta mereka yang ada dalam misi itu.
"90 peratus tepat dan mereka setuju dengan jalan penceritaan ini. Selain itu, saya melihat komen penonton di sosial media tentang filem ini sangat baik serta menaikkan semangat patriotik," katanya pada siaran Jendela Fikir Istimewa Merdeka di Radio Bernama pada Isnin.
Menurut Adrian setakat empat hari tayangan filem berkenaan mereka berjaya mencatat kutipan RM4 juta.
Adrian berkata pembikinan filem itu tercetus selepas beliau mengetahui tentang misi berkenaan melalui filem Black Hawk Down yang ditayangkan pada 2001.
"Setelah saya mengetahui pasal misi ini saya berasa sedikit marah, kerana cerita ini menceritakan tentang Black Hawk Down tetapi dalam cerita yang ditayangkan pada 2001 itu tiada kredit kepada Malbatt dan hanya sekali sebutan Malay.
"Oleh itu saya ingin menegakkan fakta bahawa anggota kita yang masuk ke kawasan itu dan selamatkan tentera Amerika Syarikat," katanya.
Malbatt: Misi Bakara mula ditayangkan pada 24 Ogos lepas dengan menampilkan barisan pelakon antaranya Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi dan Dafi Ismail Sabri.
Ia difilemkan berdasarkan fakta dan kejadian sebenar pertempuran dua hari pada 3 Okt 1993 di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, yang tidak begitu diketahui orang ramai.
Seramai 114 RAMD Malbatt 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Filem "Malbatt: Misi Bakara" diyakini mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penonton kerana ia berdasarkan kisah misi dan perjuangan sebenar anggota Batalion Malaysia (Malbatt). - Gambar fail/Gempak
Consider This: T.E.A.M. Malaysia: A New Economic Narrative
A new whitepaper from the Institute of Capital Market Research warns that while Malaysia aspires to become a high-value, innovation-led economy, outdated economic structures may be holding us back. The question is—can Malaysia rethink our approach to growth, investment, and competitiveness before it’s too late? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Tan Sri Andrew Sheng, Distinguished Fellow at Institute for Capital Market Research Malaysia. He previously served as Chairman of the Securities and Futures Commission of Hong Kong and held senior roles at Bank Negara Malaysia, including Chief Economist and Assistant Governor in charge of Bank and Insurance Regulations.

Malaysia lancar platform ASEAN GEMS, tawar 300 biasiswa bernilai AS$4 juta
Malaysia hari ini melancarkan platform ASEAN Global Exchange for Mobility and Scholarship (GEMS), sebuah inisiatif visi yang akan menjadi hab utama bagi peluang biasiswa di seluruh rantau ini.
Malaysia akan bantu pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain bantuan pemulihan Gaza, Malaysia akan sediakan bantuan wakaf untuk Universiti al-Quds dan sekolah serta hospital di Baitulmaqdis. #AWANInews

Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global dipertingkatkan dengan komitmen bersama
Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global akan dipertingkatkan dengan dedikasi berterusan dan komitmen bersama untuk tadbir urus yang kukuh.

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Ísnin.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.

Malbatt: Misi Bakara pupuk semangat patriotik melalui kisah benar
Filem "Malbatt: Misi Bakara" diyakini mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penonton kerana ia berdasarkan kisah misi dan perjuangan sebenar anggota Batalion Malaysia (Malbatt).

Hairul Azreen umum bersara jadi pelakon, Malbatt: Misi Bakara filem terakhir
Keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah puas berada di dalam industri lebih 15 tahun.

Disangka perang sebenar, pengarah cemas penggambaran 'Malbatt' hampir batal
Penggambaran filem itu yang melibatkan pelbagai aksi termasuk tembak-menembak dan letupan telah menimbulkan salah faham sehingga menjadi tular di negara tersebut.

Filem Malbatt: Misi Bakara mula tayang 24 Ogos depan
Pengarah filem Malbatt: Misi Bakara Adrian Teh memaklumkan filem yang mengangkat perjuangan kisah wira negara sekali gus dapat dijadikan inspirasi penonton akan mula ditayang bermula 24 Ogos ini.

Malbatt Misi Bakara bawa kisah hero sebenar Black Hawk Down
Filem Malbatt Misi Bakara bakal membawa standard baharu dalam industri perfileman tanah air.