KUALA LUMPUR:Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) telah membariskan beberapa aktiviti permotoran tahun ini selepas mengalami impak besar akibat pandemik COVID-19 musim lepas.
Presidennya Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir berkata, antara acara yang tersenarai bulan ini termasuklah pusingan akhir Kejohanan Superbike Malaysia 2020 (MSBK), Kejohanan Perlumbaan dan Pembangunan Kart dan juga pusingan pertama Kejohanan Gazoo Toyota.
Selain tiga acara ini, MAM juga bercadang menganjurkan 'MAM Speedweek' dan Kejohanan MiniGP SIC pada Mac, yang akan menjadi platform terbaik bagi mencungkil pelumba motosikal muda.
"Mencari persamaan normal itu bukanlah sesuatu yang MAM cari pada 2021, kerana norma baru telahpun diamalkan orang ramai, dan perkara yang sama juga berlaku di mana-mana di dunia," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan MAM pada Jumaat.
Mokhzani turut menyatakan yang MAM akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik pada peringkat organisasi, bagi memastikan keselamatan kesemua pihak yang terlibat dalam program atau pertandingan mereka.
"Kami akan pastikan yang pandemik ini tidak akan menghalang pembangunan bakat muda kita, mahupun menyebabkan pasukan dan penaja tidak berminat menjadi sebahagian daripada sukan permotoran Malaysia pada 2021," katanya.
Musim 2020 menyaksikan pembatalan dan penangguhan beberapa pertandingan permotoran akibat pandemik COVID-19, seperti Kejuaraan Cup Prix Malaysia, MiniGP SIC dan juga Kejohanan Speedway MAM.
Pada peringkat antarabangsa Grand Prix Malaysia 2020 yang sepatutnya diadakan pada 30 Okt ke 1 Nov dibatalkan akibat peningkatkan COVID-19 yang menyebabkan kerajaan mengenakan sekatan perjalanan kepada beberapa negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021

Mokhzani berkata MAM akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik pada peringkat organisasi. -Gambar fail
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Penganjur perlu bertanggungjawab - KBS
KBS meminta penganjur perlumbaan bertanggungjawab berhubung insiden yang menyebabkan pelumba drag Muhammad Hattem meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan Ahad lepas.

Litar lumba APDCrew mampu jadi 'jenama' baharu permotoran Selangor
Amirudin Shari berpuas hati dengan aspek keselamatannya yang telah mendapat kelulusan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Penganjur perlumbaan disaran dapat nasihat MAM
Ini bagi memastikan venue perlumbaan menepati standard keselamatan minimum.

Cub Prix Malaysia Petronas bermula 20 Mac ini
Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan bermula seperti yang dijadualkan pada 20 Mac ini di Litar Sepang Selatan.

Penganjur Cub Prix hadapi masalah konsep gelembung sukan
Penganjuran serta SOP yang dihadapi mereka juga bergantung kepada pelanjutan PKP yang dijadualkan tamat Khamis ini.

MAM sedia bantu penganjur perlumbaan peroleh kebenaran
Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) menyeru penganjur acara yang perlukan bantuan dalam menganjurkan perlumbaan agar menghubungi persatuan itu.

MAM cadang pulihkan 2021 dengan acara permotoran menarik
MAM akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik pada peringkat organisasi.

KBS beri sumbangan peribadi kepada Kasma Daniel, bukan penajaan
Badan induk itu tidak pernah mencampuri urusan melibatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan pasukannya, OneXOX TKKR SAG Team yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto2.