"Mama ke Pattani Thailand untuk sampaikan zakat di pusat pengajian pondok di sana," kata anak pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Patani, Thailand, hari ini.
Anaknya, Ainul Atiya Ahmad Shah Rizal, 18, berkata, dia sekeluarga sempat bersahur bersama ibu dan ayahnya sebelum mereka bertolak ke pondok di Pattani yang menjadi rutin bulanan menyampaikan wang zakat di sana namun pemergian kali ini bertukar tragedi.
"Pelik hari ini papa nak pandu sendiri kereta ke Thailand, biasanya pemandu peribadi yang bawa kalau ada urusan kerja luar.
"Mereka turun seawal jam 7 pagi, biasanya kalau nak ke mana-mana antara jam 9 pagi hingga 10 pagi baru turun dari rumah.
"Mama dengan papa nampak penat sangat, baru semalam mereka pulang dari Jakarta dan hari ini ke Thailand pula memandu sendiri kereta," katanya ditemui di rumahnya Kampung Paloh, di sini hari ini.
Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad, 40, maut di lokasi kejadian dalam kemalangan membabitkan Toyota Estima dengan sebuah lori kira-kira jam 10.30 pagi.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera di mata dan dilaporkan stabil.
Jenazah dijangka tiba jam 4 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedemit di sini.
Sinar Harian
Sat May 18 2019

Ainul Atiya bersedih di atas kehilangan ibunya, Faziani Rohban Ahmad, 40, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand. -Foto Sinar Harian

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

'Mama dalam perjalanan untuk sampaikan sumbangan zakat' - Anak Faziani Rohban
Mereka sekeluarga sempat bersahur sebelum arwah bertolak ke pondok di Pattani yang menjadi rutin bulanan menyampaikan wang zakat.