Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau bersifat perkauman dan anti masyarakat Cina seperti yang disebarkan di media sosial.
“Mana ada saya 'racist' (bersifat perkauman), kita sama-sama rakyat Malaysia. Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ringkasnya pada sambutan Festival Kek Bulan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Persekutuan Persatuan Cina Kuching dan Samarahan di Taman Sahabat Kuching di sini, pada Jumaat.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta rakyat supaya tidak mempercayai tuduhan pihak tertentu yang berniat jahat terhadap dirinya.
Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat Cina supaya terus memberi sokongan utuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sarawak akan datang.
Mengenai festival berkenaan, Ahmad Zahid berkata beliau gembira melihat ramai penduduk bukan Cina yang menghadiri festival kuih bulan itu walaupun pesta berkenaan adalah kebudayaan masyarakat Cina.
Bernama
Sat Sep 26 2015
Ahmad Zahid turut menyeru masyarakat Cina supaya terus memberi sokongan utuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sarawak akan datang. - Gambar Fail
Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
10 Berita Pilihan - (30 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 31 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.
Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Projek Bandar Wakaf di Gaza bukti solidariti Malaysia untuk Palestin - MAPIM
Pembangunan ini merupakan model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi Palestin yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Trump to send some migrants to Guantanamo Bay
U.S. President Donald Trump orders the construction of a migrant detention facility at Guantanamo Bay with a capacity of up to 30,000, targeting criminal illegal immigrants.
Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah, hasil hubungan erat Malaysia-China - Ahmad Zahid
Persembahan formasi lebih 1,000 dron dari China menyinari langit di sekitar Menara Berkembar KLCC mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan China.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.
Ahmad Zahid ajak umat Islam doakan kesejahteraan ummah sempena Israk Mikraj
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia beragama Islam mendoakan kesejahteraan ummah dan kemajuan negara sempena sambutan Israk dan Mikraj 1446H.
Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Cadangan tubuh pasukan jenayah siber mirip Interpol perkuat usaha banteras cetak rompak
Penubuhan pasukan jenayah siber mirip Interpol bagi memperkuat kerjasama di peringkat serantau dilihat dapat membantu usaha membanteras jenayah cetak rompak digital.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.