Pengeluaran peralatan perlindungan diri (PPE) secara besar-besaran kini sememangnya amat wajar memandangkan wujudnya lonjakan permintaan terhadap keperluan itu untuk petugas kesihatan dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia, kata Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Menurut laporan, Malaysia memerlukan 59 juta unit PPE sebulan dan bekalan PPE setakat Isnin hanya mencukupi untuk menampung keperluan selama dua minggu sahaja di semua hospital negara ini.
Beliau berkata negara memiliki kelebihan dari segi kos yang boleh dimanfaatkan pengeluar tekstil dengan meningkatkan skala pengeluaran malah sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian kepada industri ini susulan keupayaannya mengeluarkan PPE.
"Berdasarkan akaun-akaun peribadi, kita dapat lihat pereka fesyen negara kita secara sukarela menyediakan PPE walaupun piawaian keselamatan juga harus diperiksa secara teliti.
"Justeru, kerajaan perlu meneliti langkah tarif dan bukan tarif, yang mungkin perlu disemak semula semasa krisis kesihatan awam yang sedang kita hadapi," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata penelitian semula kepada struktur langkah tarif dan bukan tarif sedia ada akan membantu memudahkan perdagangan antarabangsa bagi bekalan perubatan, termasuk PPE.
Laporan oleh Global Alert Team dari University of St Gallen, Switzerland, mengatakan setakat 21 Mac, sebanyak 46 kekangan eksport ke atas bekalan perubatan telah diperkenalkan oleh 54 kerajaan sejak awal 2020.
Daripada jumlah itu, 33 kekangan eksport diumumkan pada Mac sahaja, dan ini menunjukkan tebaran had perdagangan baharu yang pesat di seluruh dunia.
"Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kerajaan kita mengadakan dialog yang lebih berkesan dengan negara-negara berkenaan bagi memastikan pemerolehan bekalan perubatan berkaitan dengan wabak COVID-19 dapat dipercepatkan dengan cara yang paling efisien dan tepat waktu," katanya.
Beliau juga memetik kertas Institut Penyelidikan Khazanah yang bertajuk Trade During A Pandemic (Perdagangan Semasa Pandemik) bahawa Malaysia mengimport bekalan perubatan bernilai US$2.4 bilion atau RM9.5 bilion pada 2018, termasuk penutup hidung dan mulut; pembasmi kuman dan peralatan perubatan yang digunakan untuk mendiagnosis dan merawat pesakit.
Bagi pakaian pelindungan diri dan seumpamanya, perincian import Malaysia pada 2018, yang meliputi penutup hidung dan mulut tekstil (RM190.5 juta); topeng gas (RM40.35 juta); cermin mata pelindungan dan pelindung mata (RM21.85 juta) serta pelindung muka plastik, sarung tangan plastik, dan pakaian perlindungan yang diperbuat daripada plastik (RM58.6 juta), katanya.
Malaysia turut mengimport sarung tangan getah pembedahan (RM75.41 juta); sarung tangan getah lain (RM168.67 juta); sarung tangan dikait (RM57.51 juta); sarung tangan tekstil (RM21.31 juta); pelindung kepala pakai buang (RM71.04 juta); pakaian pelindungan bagi pembedahan/perubatan yang dibuat daripada felt dan bukan tenun (RM28.99 juta) serta pakaian pelindungan lain (RM13.69 juta).
Sementara itu, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) berkata beberapa ahlinya sedang melaksanakan proses pengubahsuaian pengeluaran atau di peringkat perancangan untuk mempelbagaikan operasi mereka bagi pengeluaran bekalan perubatan, termasuk PPE.
Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu merupakan sebahagian usaha pengilang untuk memenuhi penawaran bekalan peralatan perubatan susulan permintaan melonjak berikutan pandemik COVID-19.
"FMM mempunyai 39 syarikat ahli yang menghasilkan PPE dan bahan sanitasi, termasuk penutup hidung dan mulut, sarung tangan getah, pakaian pelindungan, pensanitasi tangan dan bahan penyahjangkit," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun kesemua mereka sedang menghadapi masalah disebabkan bekalan bahan mentah atau komponen yang tidak mencukupi untuk menghasilkan bekalan perubatan ini.
Justeru itu, pengumuman oleh Kementerian Kewangan (MoF) pada 28 Mac bagi pengecualian duti import serta cukai jualan bagi alkohol ternyahasli adalah tepat pada masanya kerana akan membantu pengeluar pensanitasi dan bahan penyahjangkit tempatan meningkatkan kapasiti bagi memenuhi permintaan, katanya.
Beliau berkata pada bulan lepas juga, MoF turut mengumumkan pengecualian duti dan cukai untuk penutup hidup dan mulut.
Bagi memastikan penutup hidung dan mulut tempatan boleh bersaing dengan pengimport, FMM turut menyarankan kerajaan agar mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas semua input bagi penutup hidung dan mulut merangkumi bahan bukan tenun PP untuk penutup hidung dan mulut tiga lapis, kepingan logam penyepit hidung dan tali anjal, katanya.
Beliau berkata bahan mentah ini, yang dikenakan duti import sebanyak 20 peratus dan cukai jualan 10 peratus, diimport terutamanya dari China, India, Ireland serta Emiriah Arab Bersatu disebabkan bekalan tempatan tidak mencukupi.
Soh berkata FMM juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia untuk memudahkan ahlinya mempelbagaikan pengeluaran dan pasaran eksport.
Ini bagi memastikan FMM dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk keperluan ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 17 2020

Semaki ramai pereka fesyen negara kita secara sukarela menyediakan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan. - Facebook Radzuan Radziwill

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.