NILAI: Kerajaan memperuntukkan RM464,000 bagi menyediakan mesin 'retort' yang berfungsi mengelak pembaziran makanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid.
Beliau berkata kerajaan menyeru industri perhotelan, pengusaha katering dan peniaga makanan supaya dapat bersama-sama menghantar makanan ke lokasi terdapatnya kemudahan mesin berkenaan dalam mencapai sasaran sifar pembaziran.
Menurut Rosol, setakat ini mesin itu dipasang di Hotel Seri Malaysia di Perlis, Hotel Primula di Terengganu, Hotel Le Meridien di Putrajaya serta Al Huda Enterprise dan Food Aid Foundation di Kuala Lumpur.
"Kerajaan dalam perancangan memasang mesin ini di Politeknik Sultan Idris Shah Sungai Air Tawar di Selangor, Hotel Grand Darul Makmur di Kuantan, Pahang dan Hotel Seri Malaysia di Alor Setar, Kedah.
"Saya dimaklumkan sekurang-kurangnya empat tan makanan dibazirkan sepanjang Ramadan tahun ini. Kementerian dalam perancangan meletakkan mesin ini di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita pada program Jualan Malaysia Rancak Aidilfitri di AEON Mall di sini pada Rabu.
Rosol berkata menerusi inisiatif ini, lebih 2,000 peket makanan dibungkus secara retort diagihkan antaranya kepada pelajar universiti yang terjejas ketika banjir tahun ini, selain itu makanan dibungkus menggunakan mesin itu dijamin bersih, mempunyai jangka hayat lebih panjang dan selamat untuk dimakan.
Beliau berkata mesin tersebut adalah inisiatif kementerian melalui Food Bank Malaysia bagi mencapai objektif sifar pembaziran makanan dan minuman yang masih baik dan belum disentuh bagi membantu golongan sasaran mendapatkan bekalan makanan terutama semasa bencana alam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022

Menurut Rosol, setakat ini mesin itu dipasang di Hotel Seri Malaysia di Perlis, Hotel Primula di Terengganu, Hotel Le Meridien di Putrajaya serta Al Huda Enterprise dan Food Aid Foundation di Kuala Lumpur. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN tempatkan 14 mesin retort di seluruh negara
KPDN menempatkan 14 mesin pembungkusan makanan secara retort di lokasi yang melibatkan sektor perhotelan, katering dan pertanian di seluruh negara, setakat 31 Julai lepas.

KPDNHEP tempatkan 12 mesin retort di seluruh negara
KPDNHEP melalui Sekretariat Food Bank Malaysia sehingga kini telah menempatkan sebanyak 12 unit mesin retort di premis hotel dan katering di 10 negeri.

Manfaatkan mesin retort, elak pembaziran makanan - KPDNHEP
Kerajaan menyeru industri perhotelan, pengusaha katering dan peniaga makanan supaya dapat bersama-sama menghantar makanan ke lokasi terdapatnya kemudahan mesin berkenaan.

Mesin pembungkusan 'retort' mampu simpan makanan yang diderma - Saifuddin
Jumlah mesin retort yang banyak dapat membantu menyimpan lebihan makanan dengan lebih baik sebelum diagih kepada mereka yang memerlukan.