IPOH: Orang ramai di Perak dan kawasan sekitarnya digesa memanfaatkan peluang dan tawaran disediakan pelbagai agensi terlibat di Karnival Kita MADANI sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 yang akan berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, esok.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata di karnival ini terdapat reruai daripada agensi-agensi seperti penyedia perkhidmatan internet, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Jabatan Penerangan, Jabatan Pendaftaran, selain berlangsungnya program Jualan Rahmah dan saringan kesihatan.
"Insya-Allah kita jangkakan jumlah kehadiran sekurang-kurangnya 10,000. Saya difahamkan juga kita ada sejumlah reruai daripada agensi-agensi serta program Jualan Rahmah dan setakat pukul 5.30 petang, saya difahamkan jumlah yang telah datang untuk membeli barang-barang melalui program Jualan Rahmah ini telah mencecah lebih 5,000 orang.
Saya juga mengharapkan bukan hanya warga di sekitar kawasan ini dapat datang tetapi lebih luas daripada itu. Manfaatkan keberadaan reruai-reruai termasuk daripada agensi-agensi, penyedia perkhidmatan internet, termasuk juga reruai daripada Polis Diraja Malaysia yang akan menawarkan potongan 50 peratus bayaran saman," katanya pada sidang media selepas melawat persiapan akhir program berkenaan di sini hari ini.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 berkata setakat ini beliau merasakan tahap persediaan program pelancaran itu sangat memuaskan dan segala persiapan berjalan lancar.
Fahmi berkata beliau turut berharap mereka yang hadir untuk program pelancaran esok akan mendapat suntikan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.
"Dan harapan saya semangat patriotisme ini bukan hanya sewaktu mereka hadir tetapi boleh dibawa ke mana sahaja sempena Bulan Kebangsaan yang akan kita sambut mulai esok," katanya.
Selain 6,600 Langkah Perpaduan pada pagi esok, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bermula hari ini antaranya pameran reruai agensi kerajaan, pertandingan bintang patriotik, kuiz kenegaraan dan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di sini esok.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept dijadualkan berlangsung di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (depan dua, kiri) ketika mengadakan lawatan ke tapak majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya hari ini. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Manfaatkan peluang dan tawaran di Karnival Kita MADANI - Fahmi
Orang ramai di Perak dan kawasan sekitarnya digesa memanfaatkan peluang dan tawaran disediakan pelbagai agensi terlibat di Karnival Kita MADANI.

Mohon, ganti kad pengenalan, sijil kelahiran di Karnival Kita MADANI
Kadar pembayaran bagi permohonan kad pengenalan ialah RM10 manakala RM5 bagi penggantian sijil kelahiran dan kematian.