KUALA LUMPUR: Penjawat awam perlu memanfaatkan teknologi seperti Internet Benda (IoT), data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang akan secara langsung mengubah norma kerja mereka, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata penggunaan AI telah menjangkaui banyak aspek kehidupan manusia dan boleh memberi impak yang besar kepada dasar dan perkhidmatan awam dalam pelbagai cara.
"Sebagai contoh, Chat GPT iaitu sebuah aplikasi sembang AI adalah teknologi kecerdasan buatan termaju yang berpotensi untuk merevolusikan sektor awam.
"Chat GPT boleh digunakan untuk meningkatkan komunikasi, menggalakkan penyertaan awam dan menyelaras proses membuat keputusan," katanya pada pelancaran buku, modul dan forum The G.R.E.A.T Civil Service hari ini.
Katanya Chat GPT juga boleh digunakan untuk mengumpul maklum balas orang ramai tentang cadangan dasar, penyampaian perkhidmatan atau menyelesaikan isu komuniti.
Mohd Zuki turut mengingatkan penjawat awam untuk menjaga tata kelola yang mencakupi penyampaian perkhidmatan yang adil, saksama dan berhemah kepada semua komuniti kerana ia merupakan nadi kepada kecemerlangan sektor itu.
Katanya ia mesti dilakukan tanpa pilih kasih, tidak meminggirkan mana-mana pihak dan tanpa mengira latar etnik, agama, politik, geografi atau sosioekonomi.
Beliau berkata perkhidmatan awam yang beintegriti, ihsan dan rahmah juga menjadi perisai akhir kerajaan untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat.
"Semua peringkat organisasi perlu lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan. Kepercayaan rakyat ini juga akan membina sebuah masyarakat MADANI yang aman, harmoni dan stabil," katanya.
Sementara itu, Mohd Zuki berkata dalam menuju ke arah merealisasikan pembentukan masa depan negara yang maju dan dinamik iaitu Malaysia MADANI, terdapat kewajipan untuk penjawat awam memperkukuhkan kebolehan, kompetensi dan profesionalisme.
Katanya bagi mendokong dan merealisasikan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, penjawat awam perlu memantapkan fundamental (asas) nilai individu dan organisasi menerusi aspirasi The G.R.E.A.T. Civil Service.
Menurutnya tadbir urus yang baik menuntut supaya penjawat awam mematuhi peraturan dan prosedur yang telah dibangunkan, dengan akauntabiliti yang telus perlu diterapkan dalam setiap proses kerja bagi mengelak sebarang kemungkinan penyalahgunaan kuasa.
Mohd Zuki berkata menerusi pendekatan G.R.E.A.T terdapat enam inisiatif telah diusahakan menerusi Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) di bawah kepimpinan beliau.
Ia termasuk mengurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan, berdasarkan projek rintis kesesakan di zon hijau Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang yang telah berkurang sebanyak 54 peratus.
Selain itu pemerkasaan pelaksanaan projek pembangunan sekolah daif iaitu tempoh perolehan dilaksanakan dari tiga bulan kepada hanya 22 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Beliau berkata penggunaan AI telah menjangkaui banyak aspek kehidupan manusia dan boleh memberi impak yang besar kepada dasar dan perkhidmatan awam dalam pelbagai cara. - Fail/Bernama
Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.
Lebih ramai wanita Borneo perlu sertai PERANTIS - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seru lebih ramai pemimpin wanita dari Borneo menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.
Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi.