Umat Islam diharap memanfaatkan program World #QuranHour di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini untuk berubah kepada nilai akhlak sebagaimana ajaran al-Quran, terutamanya dalam aspek hubungan baik sesama manusia.
Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Hussamuddin Yaacub yang menyatakan perkara ini percaya, penghayatan kepada al-Quran di masa sekarang memberi peluang baik kepada umat Islam untuk menyuburkan tabiat membaca dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.
"World #QuranHour, kita harap dapat melahirkan kesan kepada orang untuk sedar betapa indahnya quran dan quran adalah panduan untuk hidup dan panduan untuk mati.
"Orang Islam yang amalkan al-Quran, dengan sendirinya karakter akan berubah, nilai-nilai berubah dan akan beri kesan kepada hubungan dengan manusia, bila jadi ketua keluarga dia akan jadi yang terbaik, bila jadi ayah jadi ayah yang lebih baik, dan lebih bertanggungjawab," katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama TV malam tadi.
Hussamuddin berkata program tahunan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas berinteraksi dengan al-Quran, World #QuranHour, tahun ke 5, akan berlangsung serentak di seluruh dunia pada 20 Ramadan 1441H bersamaan hari Rabu, 13 Mei.
Kempen ini akan bermula dari 12 tengah hari hingga 1 petang membawa misi Surah Ar-Rahman, 55: 1- 78 sebagai solusi mengembalikan keharmonian global, "Reboot Global Harmony".
Kempen ini juga mengajak umat Islam seluruh dunia menumpukan masa sejam untuk membaca al-Quran.
"Tahun ini berbeza kerana fokus dalam rumah sendiri, ruangan pejabat, tetapi tetap kena jaga jarakan sosial. Kita nak al-Quran dihidupkan di rumah-rumah," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Marhaini Yusoff berkata Yayasan itu telah mengedarkan 80,000 naskah wakaf al-Quran kepada para petugas barisan hadapan COVID-19 di negara ini walaupun sasaran asal hanya 15,000 naskah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 08 2020
HUSSAMUDDIN: Orang Islam yang amalkan al-Quran, dengan sendirinya karakter akan berubah, nilai-nilai berubah dan akan beri kesan kepada hubungan dengan manusia. - Foto Sinar Harian
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
Jaga adab, akhlak ketika bahas isu terkait RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024
Perdebatan mengenai rang undang-undang itu mula menampakkan reaksi berlebihan sehingga terkeluar daripada lingkungan yang sepatutnya.
PM mahu program selawat diadakan di seluruh negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program memperingati Rasulullah SAW seperti Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang diadakan di Selangor diteruskan ke seluruh pelosok negara.
PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin
"Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?" soal Mohd Khairuddin Aman Razali.
Umat Islam perlu amalkan adab, akhlak berpolitik digariskan agama - Osman Bakar
Demokrasi tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan seharusnya, ahli politik perlu memahami kaedah berpolitik yang dianjurkan agama.
Sultan Mizan titah jaga akhlak semasa PRN
Sultan Mizan bertitah supaya berkempen secara sihat dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat.
Kerajaan mahu peranan Jakim diperluaskan
Kerajaan Persekutuan mahu memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mengangkat martabat dan darjat negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.
Wan Azizah persoal akhlak guru lelaki buat lawak rogol, KPM diminta siasat
Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyelar tindakan seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Manfaatkan World #QuranHour untuk berubah kepada nilai akhlak al-Quran
World #QuranHour diharap dapat melahirkan kesan kepada orang untuk sedar betapa indahnya Quran dan Quran adalah panduan untuk hidup dan panduan untuk mati.
10 pelajar asrama akhlak lolos ditangkap dalam keadaan lemah dan lapar
Tidak sampai 24 jam melarikan diri, 10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena berjaya ditahan semula kira-kira jam 3.30 petang tadi.