SHAH ALAM: Banjir teruk yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan harta benda, malah ia turut memberi tekanan perasaan dan trauma kepada mangsa terlibat.
Perkara itu diakui seorang mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Ellen Enjelina, 34, yang kini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 di sini.
Ellen berkata, dia masih trauma apabila memikirkan nasib bapa dan ibu mentuanya yang sakit tua ketika terperangkap dalam banjir.
“Saya masih trauma dengan kejadian yang menimpa kami sekeluarga. Ketika kejadian, saya bersama bapa dan mak mentua serta dua anak kecil terperangkap dalam rumah sebelum diselamatkan pihak penyelamat,” katanya kepada Sinar Harian.
Ellen yang bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah salon juga terpaksa mengambil cuti kerana perlu menyelesaikan urusan keluarga, selain tidak mempunyai pengangkutan untuk ke tempat kerja.
“Buat masa ini, saya ambil cuti. Perlu uruskan rumah dan keluarga dahulu. Tambahan pula saya masih belum membaiki kenderaan yang dah rosak. Jadi sukar untuk saya ke tempat kerja buat masa sekarang,” luahnya.
Perkara sama turut dialami Suhaili Haron, 44, yang mengakui sehingga sekarang dia terus dibayangi jeritan jiran-jiran dan anak-anak kecil kelaparan.
“Memang meruntun jiwa sebab saya sendiri pun ada anak,” katanya dengan nada sebak.
Dalam pada itu, Mohd Nor Idham Sulaiman, 21, pula berkata, dia masih terkejut dan sedih mengenang keadaan yang terpaksa dihadapi dua orang anaknya yang masih kecil akibat terputus bekalan makanan.
Menurutnya, sepanjang dua hari sebelum diselamatkan, mereka sekeluarga hanya makan cekodok.
“Saya berasa sangat sedih apabila kami empat beranak terputus bekalan makanan dan hanya makan cekodok sepanjang dua hari sebelum diselamatkan,” katanya yang bekerja di kilang Nippon Paint, Seksyen 23 di sini.
Wong Lian Ann, 54, pula berkata, dia turut trauma dengan banjir besar yang berlaku di Taman Sri Muda kerana ramai yang terkandas sehingga meragut nyawa.
“Rasa trauma dan takut masih ada sebab teringatkan ramai orang terkandas dan minta tolong untuk diselamatkan. Lebih menyedihkan, ada orang tidak berjaya diselamatkan,” katanya.
Sementara itu, pesara, Mohd Firdaus Ong Abdullah, 54, pula berkata, perasaan trauma yang dialaminya sekarang tidaklah seteruk orang lain kerana dia reda dengan musibah yang menimpanya sekeluarga.
“Bagi saya apa yang sudah jadi kita reda sajalah. Bukan kita yang minta. Cuma rasa terkejut sebab selama 30 tahun saya tinggal di Taman Sri Muda, tidak pernah lagi berlaku banjir seteruk ini,” luahnya.
Ditanya mengenai khidmat kaunseling atau bantuan nasihat daripada mana-mana pihak, Mohd Firdaus Ong berkata, dia ketika ini masih lagi boleh mengawal emosinya tanpa perlu menerima nasihat dan bimbingan kaunseling itu.
“Walaupun saya menghadapi tekanan, tetapi saya masih lagi boleh mengawalnya sendiri. Kebanyakan yang lain mungkin alami gangguan dari segi emosi serta trauma yang teruk dan perlu menerima nasihat tersebut,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Dec 29 2021

Suhaili Haron, Mohd Nor Idham Sulaiman dan Ellen Enjelina. - Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bunuh gelandangan, dua rakan terlepas hukuman mati
Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan tanpa niat, tiga tahun lepas. H

Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.

JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.

71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."

Penganggur dipenjara setahun ceroboh, pecah pintu kaca rumah rumah bekas teman wanita
Seorang penganggur dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh dan memecahkan pintu kaca serta tombol pintu rumah didiami bekas teman wanitanya.

Penyusuan badan digalakkan bagi manfaat ibu dan bayi - Pakar
Golongan ibu disarankan memberi susu badan kepada bayi memandangkan kaedah itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya.

Anak dan sembelit: Bagaimana ibu bapa boleh atasi masalah sembelit kanak-kanak
Masalah sembelit atau Functional constipation (FC) merujuk kepada kesulitan untuk membuang najis, merupakan satu daripada gangguan gastrointestinal yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.

Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam

Trauma menyebabkan masih ramai pilih hidup membujang - Pakar
Ketika ramai anak muda memilih menamatkan zaman bujang, tidak kurang juga sebilangan besar golongan itu yang memilih untuk bersendirian.

Wanita trauma termakan cebisan jari dalam salad
Wanita itu mendakwa dia mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampur bersama salad tersebut.