"HARI ini, hari yang penting bagi kami. Kami perlu melangsaikan tanggungjawab yang diamanahkan,” ujar Pengarah Urusan dan pemilik S.A.I International College (SAI College), Kugan Selva sambil menuding jarinya ke arah lori dan trak 4X4 yang padat dengan barangan.
Kugan dan kira-kira 30 orang sukarelawan bergerak ke Pahang, menemui mangsa banjir dan mengedarkan barangan menggunakan lebih 10 trak dan lori yang disediakan dengan kerjasama Mud Dawg Truckers untuk hanya membawa barangan.
Antara barangan keperluan yang dikumpul oleh pasukan ini ialah barangan makanan kering (beras, biskut, susu, kopi), barangan kegunaan membersih rumah (serbuk pencuci, peluntur), penjagaan diri (sabun mandi, tuala wanita, syampu), barangan bayi dan kanak-kanak (alat permainan, lampin bayi, botol susu, alat tulis), tilam, bantal, selimut dan banyak lagi.
“Kami berbesar hati selepas rakan baik saya, Denes Kumar dari Veedu Production (Veedu) turut serta dalam misi ini. Selepas 3 hari mengumpul barang, kami bergerak ke Pahang pada 26 Disember,” kata Kugan.
Kugan sebelum ini terlibat dalam misi menyelamatkan mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam sejak hari pertama kawasan tersebut dibasahi hujan lebat. Enam hari, Kugan ‘berendam’ di Sri Muda bersama beberapa rakan, menawarkan bantuan menyelamatkan mangsa termasuk haiwan peliharaan menggunakan bot, mengedar makanan dan menyediakan trak 4X4 untuk pengangkutan mangsa ke luar Sri Muda.
Tamat misi di Sri Muda, Kugan akui tidak dapat duduk diam dan mahu menggunakan platform yang dimiliki, iaitu kolejnya untuk mengumpul barangan dan mengedarkannya kepada mereka yang memerlukan.
Dengan kerjasama dari pelakon dan penerbit tempatan, Denes, dalam masa dua hari sahaja, pihaknya dapat mengumpul barangan bernilai lebih RM20,000.
“Kami terus menerima panggilan, termasuk sehingga ke hari ini, selepas pulang dari Pahang. Kebanyakan orang yang menghantar barang untuk misi ini adalah orang asing yang tidak dikenali dari pelbagai latar kaum. Seorang lelaki dari Seremban yang hanya mahu dikenali sebagai Krishnasamy menghantar barangan benilai lebih RM15,000 dalam lori tiga tan.
"Ramai penderma yang akur dengan permintaan kami untuk menderma tilam dan bantal. Kami dapat mengumpul hampir 200 tilam dan bantal dan semuanya diagihkan kepada mangsa,” tambah Kugan yang terus menerima bantuan berupa barangan.
Walaupun pelan asal adalah untuk melawat Hulu Langat, kebetulan pada hari yang sama, Hulu Langat menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri. Memandangkan ia satu pendedahan positif untuk Hulu Langat dan liputan media juga tidak putus-putus, krew SAI College dan Veedu yang turut dipimpini seorang pegawai polis, Inspektor Theva dari Shah Alam, mengambil lencongan ke Pahang, iaitu Bentong dan Karak.
“Saya terkejut melihat keadaan di Bentong dan Karak kerana taman perumahan masih dipenuhi lumpur tebal, hampir kebanyakan penduduk yang didekati akui tidak menerima bantuan, terputus bekalan elektrik dan air serta masih dalam trauma,” ujar Denes pula.
Krew misi bantuan memilih untuk menyusur ke taman-taman perumahan untuk memberikan sendiri barangan bantuan agar ia sampai ke tangan mereka yang benar-benar memerlukan. Antara kawasan yang dikunjungi ialah Kampung Benus, Bentong, Jalan Manchis, Karak, Taman Karak Indah, Estet Bukit Dinding, Karak dan beberapa kawasan lain sepanjang perjalanan.
SAI College dan Veedu mengagihkan barangan kepada 300 keluarga.
“Kami berpuas hati apabila dapat memberikan barangan yang mereka amat perlukan pada masa ini, khususnya tilam dan bantal. Kesemua perumahan yang dikunjungi adalah rumah setingkat dan semua rumah ditenggelami air sepenuhnya. Ramai daripada mereka yang tinggal sehelai sepinggang. Ada yang mengadu belum menerima bantuan dan khuatir jikalau mereka akan diabaikan dalam keadaan yang penuh traumatik,” kata Kugan lagi.
Rata-rata penduduk yang didekati, berkata, masih belum mendapat bantuan secukupnya namun, pihak perseorangan dan badan bukan kerajaan mula memasuki kawasan mereka secara berperingkat. Penduduk kawasan yang dikunjungi terutamanya mereka yang diduduk di pedalaman, memesan agar kembali dengan lebih banyak bantuan, khususnya makanan dan barangan untuk kanak-kanak.
“Ia agak menyedihkan untuk melihat rayuan mereka. Mereka mungkin miskin sebelum ini, tetapi kini keadaan mereka lebih buruk dari dulu. Selebihnya, masih dalam kejutan apabila hilang segalanya, termasuk kereta dan peralatan elektrik dan barangan lain yang bernilai,” kata Kugan.
Oleh kerana pihaknya masih menerima barangan, Kugan mahu meneruskan misi bantuan ke Dengkil dan Sri Muda, Shah Alam selain mengunjungi semula Karak jika ada peluang.
“Saya menyeru agar kawasan-kawasan pedalaman turut diberi perhatian dan mereka amat memerlukan kita. Selain barangan, mereka perlukan bantuan membersihkan rumah, bantuan perubatan dan sokongan moral untuk kembali daripada keadaan trauma sekarang,” seru Kugan.
Jika pembaca ingin menderma barangan, anda boleh berbuat demikian dengan menhantar sendiri ke lokasi S.A.I International College di Leisure Commerce Square di Sunway atau hubungi Kugan di 016-6043835.
* Nizha Periaswamy ialah penulis bebas yang pernah berkecimpung dalam dunia kewartawanan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya mengikuti misi bantuan untuk mangsa banjir.
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Nizha Periaswamy
Wed Dec 29 2021
Krew misi bantuan memilih untuk menyusur ke taman-taman perumahan untuk memberikan sendiri barangan bantuan agar ia sampai ke tangan mereka yang benar-benar memerlukan. - Foto Nizha Periaswamy
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.