ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok sehingga 7 November membuatkan kebanyakan mangsa banjir di Kedah bimbang rumah mereka akan ditenggelami air seterusnya menanggung kerugian lebih serius.
Rata-rata mereka yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin risau apabila hujan lebat kerap berlaku, mengingatkan mereka kepada banjir besar pada 2010.
Norhaslina Harun, 40, berkata dia yang kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar berkata, banjir di rumahnya di Kampung Tanjung Inggeris, Langgar belum surut sejak tiga hari lalu.
Katanya, dia yang tinggal bersama ibunya, Fatimah Awang, 79, yang tidak dapat berjalan kerana uzur tidak sempat berbuat apa-apa kerana air naik begitu cepat.
"Terakhir saya macam ni 2010. Selepas 11 tahun, saya risau sangat banjir besar yang macam dulu berulang kembali. Cuaca pun nampak kerap hujan sekarang, banjir di kawasan rumah pun belum surut lagi ditambah pula air pasang besar esok," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Seorang lagi mangsa banjir, Norkiah Suib, berkata banyak barang berharga tidak sempat diselamatkan ketika banjir melanda rumahnya beberapa hari lalu.
"Habis semua perabot rosak disebabkan banjir, tak sempat nak pindahkan ke tempat tinggi. Masa tinggalkan rumah untuk ke PPS, kami hanya dapat selamatkan barang dan dokumen penting saja.
"Benda-benda lain yang sempat dialihkan kami letak atas tangga. Yang lain ada juga barang yang kami ikat pada tangga seperti peti ais.
"Kalau banjir lagi teruk berlaku disebabkan air pasang besar ini, kami tawakkal sahajalah, kami tak mampu nak buat apa dah," katanya.
Mohd Saleh Abu Bakar pula berkata, berdasarkan pengalaman pada 2020, banjir disebabkan air pasang besar berlaku dengan pantas apabila ban di kawasan berhampiran rumahnya pecah.
"Dengan musim macam ini kami kena lebih berhati-hati lagilah, mungkin kalau ikut daripada ramalan cuaca itu (air pasang besar), kami berwaspadalah jika banjir semakin buruk," katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim Langgar, Mohd Fatin Ibrahim berkata, setakat ini 80 mangsa dari 23 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar selepas rumah mereka dinaiki air.
Katanya, ia membabitkan penduduk Kampung Alor Setoi, Kampung Makam Diraja, Alor Jawi dan Kampung Tanjung Inggeris.
Jelasnya, fenomena air pasang besar disertai hujan lebat akan menyebabkan aliran air Sungai Langgar di kawasan itu bertembung dengan air laut yang parasnya sudah menjadi semakin tinggi seterusnya menyebabkan banjir.
Mohd Fatin berkata, pihaknya bersama pelbagai agensi lain sudah bersedia untuk membuka PPS baharu di situ sekiranya mangsa banjir bertambah di mukim berkenaan.
"Kita telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga, antaranya penyediaan PPS, bagaimanapun sekiranya berlaku kekurangan tempat di PPS kita telah sediakan satu lagi pusat pemindahan di SK Langgar," katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali, dilapor berkata, fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 November.
Katanya, fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas adalah Kuala Muda, namun semua penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Nov 03 2021

Rata-rata mangsa banjir yang kini ditempatkan di PPS semakin risau apabila hujan lebat kerap berlaku, mengingatkan mereka kepada banjir besar pada 2010. - Gambar/ Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Banjir Kedah: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup
Malaysia Airport telah mengumumkan menutup landasan terbang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah.

Banjir Kedah: Bomba selamatkan wanita lumpuh terperangkap dalam rumah dinaiki air
Seorang wanita yang menderita penyakit saraf dan lumpuh seluruh badan diselamatkan pasukan bomba selepas kediamannya di Kampung Tanjung, di sini dinaiki air pada Khamis.

Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Mangsa banjir di Kedah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 765 orang daripada 253 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 451 orang daripada 160 keluarga pagi tadi.

Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 139 orang petang ini
Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

7,252 mangsa banjir di Kedah berlindung di 35 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 7,252 orang setakat 4 petang ini berbanding 7,958 orang pagi tadi.

Hujan lebat, air pasang besar faktor banjir di Kedah
Faktor hujan lebat disertai fenomena air pasang besar yang berlarutan selama beberapa hari dipercayai punca berlakunya banjir di negeri ini, khususnya di daerah Kota Setar.

Banjir Kedah: Penduduk waspada kes pecah rumah, buat rondaan guna bot
Keadaan rumah digenangi banjir dan ditinggalkan tanpa penghuni kerana berpindah ke pusat pemindahan, meresahkan penduduk kampung di kawasan Tanah Merah, terhadap ancaman jenayah pecah rumah.

Banjir Kedah: Nilai kerosakan, ganti rugi dijangka lebih RM100 juta
Muhammad Sanusi mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan selain RM13 juta yang diumumkan pada Sabtu.

Banjir Kedah: PPS di Padang Terap ditutup sepenuhnya
PPS Sekolah Kebangsaan Tualak yang dibuka di Padang Terap, tengah malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir telah ditutup sepenuhnya pada 11.30 pagi tadi.