Jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan tidak banyak berubah dengan 19,186 orang daripada 6,118 keluarga masih ditempatkan di 79 pusat pemindahan malam ini.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, jumlah itu sedikit berkurangan berbanding 19,715 orang petang tadi, dengan empat pusat pemindahan telah ditutup.
Di Pasir Mas, bilangan mangsa berkurangan kepada 11,079 orang di 36 pusat pemindahan berbanding 11,184 orang petang tadi.
Di Tumpat, jumlah mangsa pula bertambah kepada 3,861 orang di lapan pusat pemindahan berbanding 3,321 orang petang tadi.
Di Kuala Krai, mangsa berkurangan kepada 2,452 orang di lapan pusat pemindahan berbanding 2,915 orang petang tadi.
Di Kota Baharu, seramai 336 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan, Pasir Puteh (603 orang/empat pusat), Tanah Merah (466 orang/11 pusat) dan Machang (389 orang/lapan pusat).
Sejak banjir gelombang kedua melanda Kelantan pada 16 Dis lepas, empat kematian direkodkan iaitu masing-masing satu di Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai dan Kota Baharu.
Paras air sungai yang kini berada di tahap bahaya ialah Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 23.76 meter (bahaya 23.50) dan Sungai Golok di Rantau Panjang 10.24 meter (bahaya 9 meter).
Bernama
Sat Dec 20 2014

Menurut portal banjir kerajaan negeri, jumlah itu sedikit berkurangan berbanding 19,715 orang petang tadi, dengan empat pusat pemindahan telah ditutup. - Foto Bernama

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Mangsa banjir di Kelantan masih melebihi 19,000 orang
Jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan tidak banyak berubah dengan 19,186 orang daripada 6,118 keluarga masih ditempatkan di 79 pusat pemindahan malam ini.

BN P.Pinang janji Pusat Kewangan Luar Pesisir
BN Pulau Pinang menawarkan 19 AkuJanji tambahan menerusi manifesto yang bertemakan "Pulau Pinang Yang Unggul".