KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan malam ini manakala Pahang menunjukkan penurunan sementara di Selangor dan Negeri Sembilan kekal dengan jumlah sama.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 1,186 orang daripada 350 keluarga berada di PPS setakat 9 malam ini berbanding 856 orang daripada 245 keluarga, petang tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), 14 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu sembilan di Jeli dan lima di Kuala Krai.
Sementara itu, menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras bahaya apabila merekodkan bacaan 23.74 meter (m).
Portal rasmi pengurusan bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) pula melaporkan jalan yang menghubungkan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Jeli ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 137 orang daripada 42 keluarga malam ini berbanding 69 orang daripada 22 keluarga petang tadi.
Satu lagi PPS di Dungun iaitu Dewan Serbaguna Kampung Shukur dibuka menjadikan jumlah keseluruhan dua PPS beroperasi ketika ini.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Rosman Abdullah berkata hanya Dungun satu-satunya daerah yang dilanda banjir hari ini namun pemantauan turut tertumpu di Daerah Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.
"Jumlah mangsa dijangka terus bertambah malam ini kerana kebanyakan (paras air) sungai utama masih menunjukkan trend peningkatan," katanya.
Portal rasmi JPS memaklumkan stesen bacaan tiga sungai di tiga daerah di negeri ini telah melepasi paras bahaya malam ini iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dengan bacaan setinggi 35.03 m, Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun (38.63m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (19.89 m).
Bagaimanapun, di PAHANG, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,390 mangsa yang masih berada di 33 PPS di Bentong, Temerloh, Kuantan, Maran dan Pekan.
Portal rasmi JPS turut melaporkan bacaan paras air Sungai Kuantan di Bukit Kenau berada di paras amaran manakala Sungai Dong (Raub), Sungai Triang di Chemomoi (Bentong), Sungai Kundang (Maran) dan Sungai Lembing (Kuantan) berada di paras waspada.
JPS turut meramalkan banjir akan berlaku secara berperingkat di beberapa daerah lain di negeri ini iaitu Kuantan, Rompin, Pekan, Bera, Maran, Jerantut, Temerloh, Lipis, Raub dan Bentong susulan amaran tahap bahaya dengan hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi petang tadi.
Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 466 mangsa melibatkan 132 keluarga di empat PPS di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding (20 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil (77 orang) di Hulu Langat, Stadium Tertutup Kuala Selangor (201 orang) dan SMK Kuala Selangor (168 orang) di Kuala Selangor.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan tiga klinik desa (KD) iaitu KD Kampung Nenas, Klang manakala KD Dusun Tua serta KD Batu 18 di Hulu Langat terpaksa ditutup sementara susulan banjir.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir kekal kepada 29 individu daripada sembilan keluarga yang berada di PPS Balai Raya Kampung Puom, Jelebu setakat 9 malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.