Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan Kelantan menurun pagi ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik namun keadaan tidak berubah bagi mangsa banjir di Terengganu.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini berkurangan kepada 33,952 orang berbanding 35,502 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa daripada 10,328 keluarga itu ditempatkan di 141 pusat pemindahan dari 118 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di PEKAN pula, terdapat 3,180 mangsa di 34 pusat pemindahan, Temerloh (1,132 orang di 23 pusat pemindahan), Maran (920 di 17 pusat), Jerantut (570 di 11 pusat), Bera (217 di tujuh pusat), Raub (137 di tujuh pusat), Lipis (60 di lima pusat) dan Rompin (36 di dua pusat).
Namun, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Bahau, Km18 Jalan Triang-Temerloh dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial).
Di KELANTAN, mangsa banjir di Pasir Mas dan Tumpat menurun kepada 99 orang berbanding 139 orang pada malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata seramai 94 orang dipindahkan di tiga pusat pemindahan di Pasir Mas dan hanya lima orang pula berada di pusat pemindahan Pengkalan Kubor di Tumpat.
Paras Sungai Golok di Rantau Panjang pada 8 pagi ini menyusut kepada paras amaran 8.68 meter (amaran 8 meter/bahaya 9 meter).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini kekal 22,617 orang daripada 5,582 keluarga.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kemaman mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 19,869 orang (4,901 keluarga), Dungun dengan 2,719 orang daripada 672 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga dan Marang 28 orang daripada lapan keluarga.
Keadaan banjir Hulu Terengganu dan Setiu juga sudah reda.
Sehingga 9 pagi ini, sebanyak 48 pusat pemindahan iaitu tujuh di Dungun, 39 di Kemaman, satu di Kuala Terengganu dan satu di Marang masih beroperasi.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada dalam keadaan biasa pagi ini.
Bernama
Mon Dec 09 2013


Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Climate change in Malaysia and what it means for us
The worlds climate is changing for the worse, and humans are responsible for that. Lets dive into a touch of science to make sense of this.

NADMA keluarkan amaran banjir di empat negeri utara Semenanjung
NADMA turut memberi amaran hujan lebat akan berterusan sehingga esok di Perlis dan Perak serta amaran banjir di Kedah, Pulau Pinang ,Kelantan dan Terengganu.

Hanya 4 peratus kenderaan di Malaysia dilindungi insurans banjir
Data yang dikongsikan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menunjukkan hanya 2 ke 4 peratus pemilik kenderaan memilih untuk melindungi kenderaan mereka daripada banjir.

Tebatan banjir: Negara lain berjaya, Malaysia bila pula?
Banjir besar Kelantan pada 2015 umpamanya menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya RM1 bilion harta benda awam, menyebabkan kerajaan lebih serius untuk mempercepat projek tebatan banjir seluruh negara.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir lagi
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir paras lutut awal pagi tadi.

Mangsa banjir di Pahang, Kelantan menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan Kelantan menurun pagi ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik namun keadaan tidak berubah bagi mangsa banjir di Terengganu.