KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Kedah meningkat pagi ini, susulan bencana banjir yang berlaku sejak Rabu.
Di Perak, jumlah penduduk yang terjejas banjir di tiga daerah meningkat kepada 149 orang pagi ini berbanding 99 orang semalam.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, sebuah PPS dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama, di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Trong pada pukul 5 petang semalam, menempatkan 13 orang dari empat keluarga, disebabkan paras air meningkat di Kampung Sungai Nyior, Padang Gajah.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang di Taiping turut bertambah kepada 107 orang dari 33 keluarga, berbanding 88 orang semalam ekoran banjir di empat kawasan iaitu, di Kampung Sungai Rentaka, Kampung Melawati, Kampung Jebong Kiri dan Kampung Tebuk.
"Seramai 18 orang dari enam keluarga ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak, berikutan keadaan di Kampung Matang Tengah terjejas dengan banjir, manakala jumlah mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Smart Batu 8, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan masih kekal 11 orang dari tiga keluarga," katanya.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dalam satu kenyataan berkata runtuhan ban di Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah berlaku di Alor Pongsu di daerah Kerian pada pukul 10.30 pagi semalam.
Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan menyebabkan paras air di Sungai Beriah dan Sungai Samagagah mencecah 3.32 meter, iaitu melepasi paras bahaya manakala ketinggian aras banjir dianggarkan berada pada paras antara 0.6 hingga 1.5 meter.
"Limpahan air Sungai Samagagah akibat hujan lebat luar biasa di kawasan tadahan Sungai Kerian, menyebabkan ban RTB Samagagah tidak dapat menampung kapasiti air sungai yang melintas, dan menyebabkan ban RTB Samagagah putus.
"Pihak JPS Kerian mengaktifkan operasi pam kekal di Matang Tengah, bagi mengeluarkan air yang terperangkap serta membuka pintu di Ampang Jajar," menurut kenyataan itu.
Di Kedah, satu PPS baharu dibuka di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, bagi menempatkan lima mangsa banjir daripada satu keluarga di daerah Baling, hari ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam satu kenyataan berkata, PPS SK Siong itu mula diaktifkan pada pukul 3 pagi tadi, berikutan kejadian banjir yang berlaku, semalam.
Sementara itu, di Yan dua PPS yang dibuka sejak Rabu lalu iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan dan PPS SK Teroi masih aktif dibuka, walaupun tiada mangsa ditempatkan.
"Tiga orang daripada satu keluarga yang ditempatkan di PPS SMK Agama Yan telah dibenarkan pulang ke rumah, semalam selepas paras air kembali surut," katanya.
Pada petang Rabu lalu, fenomena kepala air yang berlaku di Gunung Jerai telah menyebabkan banjir yang menjejaskan sekitar 1,000 buah rumah di Yan dan Kuala Muda selain mengorbankan empat nyawa setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021

Di Perak, jumlah penduduk yang terjejas banjir di tiga daerah meningkat kepada 149 orang pagi ini berbanding 99 orang semalam. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Sungai di Pahang semakin cetek, perlu dalamkan tangani banjir - Al-Sultan Abdullah
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini menitahkan pihak berkaitan supaya mendalam dan melebarkan sungai di negeri ini bagi menampung peningkatan taburan hujan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Mangsa banjir di Pahang dan Negeri Sembilan meningkat malam ini
Di Pahang, mangsa banjir di daerah Bentong bertambah kepada 121 orang daripada 33 keluarga.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.

Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.

2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.