Keadaan banjir di ketiga-tiga negeri di pantai timur Semenanjung masih belum reda dan jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan meningkat mendadak pagi ini kepada 18,812 orang berbanding 15,002 mangsa, malam tadi.
Di KOTA BAHARU, menurut portal banjir kerajaan negeri pada 8.30 pagi ini, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat berikutan penambahan mangsa banjir di jajahan Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang masih melepasi bahaya.
Keseluruhan pusat pemindahan di tujuh jajahan itu kini bertambah kepada 83 pusat berbanding 77 malam tadi.
Di Pasir Mas masih menempatkan jumlah terbesar mangsa banjir iaitu 10,599 orang yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan berbanding malam tadi melibatkan 7,594 orang di 31 pusat.
Jajahan Tumpat pula menempatkan 3,115 orang di enam pusat pemindahan berbanding malam tadi 2,174 di jumlah pusat yang sama.
Di Kuala Krai sebanyak 2,865 orang ditempatkan di 11 pusat pemindahan, Kota Baharu (761 orang/enam pusat), Pasir Puteh (619 orang/empat pusat), Tanah Merah (551 orang/11 pusat) dan Machang (302 orang/lapan pusat).
Cuaca yang agak baik sejak dua hari lalu menyebabkan paras air di beberapa batang sungai utama terus menyusut kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang mencatatkan bacaan 10.28 meter melepasi bahaya 9 meter.
Keadaan banjir di Rantau Panjang juga tidak banyak berubah yang sebahagian besar kawasan itu masih digenangi air.
Sejak banjir gelombang kedua melanda Kelantan pada 16 Dis lalu, empat kematian akibat banjir direkodkan iaitu masing-masing di Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai dan Kota Baharu.
Terbaharu seorang remaja lelaki, Che Muhammad Anuar Che Hassan, 17, yang menghidap penyakit sawan ditemui lemas dalam kejadian 7.10 pagi, selepas terjatuh dalam air banjir di hadapan rumahnya di Kampung Teluk Jering di Tumpat, semalam.
Mayatnya ditemui kira-kira tiga minit selepas mangsa terjatuh.
Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan kecuali jalan Kota Baharu ke Pantai Cahaya Bulan di Kampung Tikat di sini yang masih ditutup kepada kenderaan ringan.
Cuaca di Kelantan pada sebelah pagi ini hujan renyai yang sesekali lebat di keseluruhan jajahan.
Di KUALA TERENGGANU, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, keadaan banjir di Terengganu tidak menunjukkan sebarang perubahan besar pagi ini dengan jumlah mangsa dicatatkan 8,587 orang berbanding 8,659 malam tadi.
Besut kekal mencatatkan mangsa pemindahan terbanyak iaitu 3,235 orang, ini diikuti Dungun 2,132 orang dan Kemaman 1,925 mangsa.
Hulu Terengganu yang merupakan paling teruk terjejas banjir, kini kembali pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 950 orang di 15 pusat penempatan.
Di daerah Kuala Terengganu pula, 43 orang ditempatkan di tiga pusat pemindahan, Marang (21 orang/satu pusat) dan Setiu (290 orang/tiga pusat).
Bahagian Hidrologi Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan sehingga 8 pagi tadi, ketinggian paras air Sungai Dungun di Kuala Jengai melepasi tahap bahaya 21.6 meter (bahaya 21 meter) manakala Sungai Dungun di Jambatan Jerangau merekodkan 13.42 meter (bahaya 12.5 meter).
Di KUANTAN, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata jumlah mangsa banjir di daerah itu berkurangan kepada 1,449 orang daripada 408 keluarga sehingga 9 pagi ini berbanding 1,624 orang daripada 411 keluarga malam tadi.
Abdul Aziz berkata sebuah pusat pemindahan baharu dibuka di Balai Raya Kampung (Kg) Sungai Soi untuk menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga selepas kediaman mereka di Kg Sungai Soi dinaiki air.
"Enam pusat pemindahan masih beroperasi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan masih merekod jumlah mangsa paling banyak iaitu 893 orang daripada 238 keluarga dari Kg Pandan 2, Chendering dan Lubuk Puyu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, hanya satu laluan di Jalan Kampung Air Hitam Seri Damai ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas air naik setinggi 4 meter sejauh 100 meter.
Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang mengesahkan tiada pemindahan mangsa banjir di daerah lain.
Dalam pada itu laman web JPS negeri hanya mencatatkan sebatang sungai utama menunjukkan paras air meningkat kepada 21.07 meter yang melepasi paras waspada 20.70 meter di Sungai Pahang di Kg Chenor, Maran.
Bernama
Sat Dec 20 2014
![Mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan terus meningkat Mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/51419046030_295x200.jpg)
Keseluruhan pusat pemindahan di tujuh jajahan itu kini bertambah kepada 83 pusat berbanding 77 malam tadi. - Foto Bernama
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
![Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707958906_TBBenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu
Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
![UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308231_immigrationcrackdow.jpg)
UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.
![JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269805_JPSJambatanBaru.jpg)
JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.
![Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738338644_banjir.jpg)
Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.
![2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS 2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738811075_tbAPMbekalanmakan.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727936_banjir.jpg)
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
![Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738722013_PangkalanBuitGaram.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.