KUANTAN: Seorang pengusaha chalet dan inap desa yang terperangkap dalam kejadian banjir di Janda Baik, Bentong dekat sini terpaksa berendam dalam air lebih lima jam sebelum beliau memanjat ke siling bumbung rumah untuk menyelamatkan dirinya dan keluarga.
Menceritakan detik cemas itu, Nor Azian Sapian Suri, 51, berkata paras air naik mendadak menyebabkan beliau bersama suami serta dua anak tidak sempat untuk keluar meninggalkan kediaman mereka dalam kejadian pada malam Sabtu itu.
Menyifatkan kejadian banjir itu sebagai yang terburuk pernah ditempuhinya, ibu kepada lima anak itu berkata paras air mula naik sekitar pukul 7 malam dan memasuki rumah, tujuh chalet dan sebuah inap desa mereka.
"Masa mula kami masih lagi mampu bertahan tetapi selepas berendam terlalu lama di dalam air yang mula naik hampir separas pinggang dari pukul 8 malam sehingga 1 pagi, kami sudah lemah, sejuk dan menggeletar...ketika itu arus deras pihak bomba tidak dapat masuk untuk selamatkan kami.
"Risau dengan situasi itu membuatkan kami nekad memanjat siling dengan menyusun kerusi di atas almari untuk menyelamatkan diri, kami hanya duduk di atas sebatang kayu sehingga 4 pagi. Suasana memang menakutkan, saya hanya ingat mati pada waktu itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Setelah berada di atas siling rumah kira-kira tiga jam, beliau berkata mereka sekeluarga berjaya dikeluarkan oleh bomba sebelum dibawa ke kawasan tinggi berhampiran masjid.
Kejadian itu turut menyebabkan anak perempuannya terpaksa dibawa ke hospital semalam kerana kurang sihat disebabkan mengalami masalah tekanan darah.
Menurutnya perasaan tidak sedap hati juga mendorong beliau meminta penghuni di chaletnya supaya keluar meninggalkan lokasi itu terlebih dahulu pada hari kejadian dan berjanji akan memulangkan wang tempahan mereka.
"Chalet saya memang ada pelanggan dari Melaka, Terengganu dan Perak, namun pada petang hari kejadian ketika air mula naik saya telah minta pelanggan untuk keluar, nasib baik mereka akur dan duduk di masjid berhampiran.
"Biasanya banjir paling tinggi pun pada paras betis sahaja, tapi tahun ini di luar jangkaan...habis perabot dan barang elektrik di dalam rumah dan chalet saya," katanya yang mengusahakan chalet dan inap desa berkenaan sejak lapan tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021

Banjir kilat akibat tanah runtuh mengakibatkan semua jenis kenderaan tidak dibenarkan melaluinya di kilometer 69.5 Karak-Bentong ketika tinjauan pada Ahad. -Gambar hiasan/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Banjir kilat di Selangor terkawal - Bomba
Keadaan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor pada awal pagi Ahad tidak menyebabkan kenaikan trend air sungai yang mendadak.

Mangsa cerita pengalaman berendam dalam banjir lebih lima jam
Paras air naik mendadak menyebabkannya dan suami serta dua anak tidak sempat untuk keluar meninggalkan kediaman mereka dalam kejadian pada malam Sabtu.

Banjir di Selangor luar jangka, kerajaan persekutuan salur bantuan segera
Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai yang tidak bersedia dan terperangkap.