Mayat seorang lelaki yang lemas di sungai Kampung Sitiawan, di sini akhirnya ditemui oleh pasukan Mencari dan Menyelamat ( SAR) lewat petang Ahad.
Mangsa, yang berusia 48 tahun dipercayai sedang mandi berseorangan di sungai tersebut ditemui pada jarak 20 meter daripada tebing sungai sekitar 6.18 petang Ahad.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Pegawai Bomba Kanan II, Ashaari Mat Radzi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut sekitar pukul 5.02 petang dan bergegas ke tempt kejadian.
"Setibanya di tempat kejadian,kami dimaklumkan oleh orang awam bahawa ketika kejadian mangsa sedang mandi berseorangan dan terdapat saksi mengatakan beliau lemas dan hilang dari pandangan.
"Setelah operasi dijalankan, kami menemui mangsa beberapa meter dari tebing dengan kedalaman air sebanyak 5 kaki, sekitar pukul 6.18 petang melalui proses pencarian dalam air,"katanya ketika dihubungi ASTRO AWANI.
Jelasnya,anggotanya bertindak menggunakan jaket penyelamat dan menggunakan tali untuk masuk ke dalam dasar sungai dan mencari mangsa sebelum menemui mayatnya.
"Mayat mangsa kemudiannya ditarik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi tamat sepenuhnya pada 6.32 petang,"katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Sep 11 2016

Pasukan pencari dan penyelamat sewaktu dalam misi mencari mangsa di dasar sungai. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tanah runtuh Batang Kali: Jumpa mayat ibu, anak berpelukan, sukar dilupakan penyelamat
Saat menemukan mayat seorang ibu berpelukan dengan anak perempuannya menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan anggota bomba dalam operasi SAR di Batang Kali.

Taufan Noru: Lima anggota penyelamat terkorban
Taufan Noru, yang dikenali di negara itu sebagai Karding, dijangka melemah menjelang petang Isnin.

Pangsapuri berusia 80 tahun runtuh, enam maut
Usaha penyelamatan sedang berjalan di mana, sembilan individu daripada 2 keluarga dilaporkan dalam bangunan ketika ia runtuh

Mayat lelaki terjun Jambatan Kuap berjaya ditemui
Mangsa ditemui dalam keadaan terapung sejauh 50 meter dari tempat mangsa terjatuh di hulu sungai.

EMA pertimbang tawaran bantuan Malaysia untuk Australia
Semasa sesi pagi Isnin, Australia menyampaikan ucapan penghargaan kepada kerajaan Malaysia di atas tawaran menghantar misi bagi membantunya mengatasi krisis kebakaran hutan yang sedang dialami.

12 pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan - MARA
Enam daripada pelajar yang cedera telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Jelebu, manakala lima lagi yang cedera ringan telah diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Jelebu.

Bangunan tertua di Tehran terbakar dan runtuh, 35 anggota penyelamat cedera
Sekurang-kurangnya, 38 anggota penyelamat mengalami kecederaan selepas sebuah bangunan tinggi di Tehran selepas dijilat api, lapor sebuah stesen TV tempatan pada Khamis.

Tsunami 2004: Anggota penyelamat kongsi kisah cemas, hiba
Beliau bersama kira-kira 20 anggota lain berkampung hampir sebulan di lokasi serta bergotong-royong membersihkan kawasan rumah penduduk yang diselaputi lumpur tebal.

Mangsa lemas di Sitiawan ditemui di dasar sungai
Mangsa, yang berusia 48 tahun dipercayai sedang mandi berseorangan di sungai tersebut ditemui pada jarak 20 meter daripada tebing sungai sekitar 6.18 petang Ahad.

Pusat operasi diaktifkan di lokasi nahas helikopter
Sebuah pusat operasi diaktifkan di kawasan lokasi nahas helikopter yang terhempas di Kampung Sungai Pening, di sini hari ini.