Seorang anggota polis berpangkat Koperal terselamat selepas seorang mangsa sempat menghalang cubaan perompak untuk menembaknya, dalam kejadian pada Khamis.
Mangsa yang juga tuan rumah kejadian rompakan di Taman Jelita di sini, bagaimanapun hanya cedera ringan pada jarinya, manakala polis yang cuba ditembak perompak terbabit, cedera ditembak di tangan.
Berlaku insiden saling berbalas tembak antara kedua-dua pihak sebelum seorang daripada suspek berjaya ditembak di kaki, manakala seorang rakannya berjaya dicekup.
Seorang lagi perompak bagaimanapun berjaya meloloskan diri.
Menurut saksi, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 petang ketika mangsa sekeluarga, termasuk pembantu rumah, pulang daripada mengambil anak mereka berusia empat tahun dari tadika.
“Sejurus parkir dan pintu pagar ditutup, sebuah kenderaan mewah jenis BMW melanggar pintu pagar kediaman mereka sebelum tiga perompak bertopeng dan bersenjata api keluar, mengacu senjata," katanya.
Menurutnya, perompak memaksa isteri mangsa pergi ke tingkat atas rumah tersebut bagi tujuan mengambil barangan berharga, manakala anak dan pembantu rumahnya diikat dan dilekat mulut dengan pita pelekat di dalam tandas.
Mangsa pula berada di ruang tamu bersama-sama seorang lagi perompak.
Setelah kira-kira 30 minit insiden berlaku, pihak polis muncul susulan aduan awam yang diterima berhubung aktiviti yang mencurigakan.
Ketika perompak terbabit sedang menenang senjata untuk menembak anggota terbabit, mangsa telah bertindak melakukan halangan, menyebabkan tembakan itu tersasar.
Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, anggota yang ditembak ialah Koperal William Bell Jol, 55 tahun.
Turut ditembak, Konstabel Mohamad Roni Abdul Manap, 27 tahun.
Ketika kejadian, William yang memandu kenderaan peronda menghampiri BMW tersebut sebelum salah seorang suspek melepaskan tembakan yang mengenainya.
Mohamad Roni kemudiannya bertindak membalas tembakan yang mengenai kedua-dua kaki suspek.
Suspek yang berjaya ditangkap ialah seorang lelaki 55 tahun yang cedera di kaki, dan seorang lagi lelaki berusia 35 tahun - kedua-duanya warga tempatan.
Isteri mangsa yang berusia 35 tahun, anak dan pembantu rumahnya selamat.
Polis turut merampas sepucuk pistol jenis Sig Sauer daripada suspek.
Kes disiasat di bawah Sekyen 3, Akta Senjata Api 1971.
Rudi Affendi Khalik
Thu May 16 2019

Salah seorang suspek yang berjaya ditangkap dalam kejadian rompakan di Taman Jelita di Miri, pada Khamis. Foto PDRM
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Mangsa selamatkan Koperal daripada ditembak perompak
Mangsa yang juga tuan rumah kejadian rompakan di Taman Jelita di sini bagaimanapun hanya cedera ringan pada jarinya, manakala polis yang cuba ditembak perompak terbabit, cedera ditembak di tangan.

Bayi 28 hari maut, dipercayai didera ibu bapa
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan kematian bayi perempuan mereka yang berusia 28 hari.

Suspek utama kes bunuh penjawat awam dicekup
Individu itu merupakan suspek utama kes bunuh seorang penjawat awam yang diburu polis sejak 2 Ogos lalu, yang berjaya dicekup di sebuah rumah panjang di Julau pagi tadi.

Warga emas 70 tahun bernafsu binatang rogol kanak-kanak 11 tahun
Nafsu binatang! Demikian yang boleh digambarkan di atas tindakan seorang warga emas yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes perkosaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Kota Samarahan.

Suspek rogol gadis 13 tahun diberkas
Suspek berusia 19 tahun merupakan kenalan mangsa berasal dari Petra Jaya telah ditahan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching.