KOTA SENTOSA: Enam warga Malaysia yang mendakwa ditipu dan dianiaya di Kemboja merayu kepada pihak berkuasa untuk diselamatkan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, kesemua mangsa yang berusia 19 ke 36 tahun ketika ini berhadapan situasi getir dan terancam dengan berada di negara itu tanpa dokumen yang sah.
Ketika ini katanya, kesemua dokumen pengenalan serta telefon bimbit milik mereka telah dirampas sindiket yang menjalankan penipuan terbabit.
Kata Khere Chiang, kesemua mangsa yang berasal dari Kuching dan Serian itu, bertindak terbang ke Kemboja pada pertengahan April lalu kerana ditawarkan habuan kerja yang lumayan.
Bagaimanapun setibanya di sana, mereka mendakwa dipaksa melakukan panggilan penipuan.
Pun begitu, salah seorang mangsa berjaya menyembunyikan sebuah telefon yang kemudian menjadi talian hayat untuk menghubungi keluarga di Malaysia.
"Mereka merupakan ahli keluarga, baik isteri atau suami atau anak, mereka mendakwa telah diniaya dan diancam.
"Mereka berjaya menghubungi anggota keluarga di sini tetapi perhubungan yang berlaku amat terhad dan ringkas. Mereka tidak dapat membuat panggilan secara bebas. Mereka curi-curi membuat panggilan.
"Sebab itu kita tahu apa yang berlaku di sana, yang mereka telah diperdaya. Mereka juga meminta anggota keluarga di sini untuk membuat laporan polis kerana mereka tahu bahawa satu-satunya pihak yang boleh membantu mereka adalah pihak polis," katanya.
Pada 20 dan 21 April lalu, laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa dan ia telah disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada 25 April.
Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala untuk kerjasama Interpol, siasatan dilakukan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayaah 2002.
Dalam sidang media yang sama, Khere Chiang turut merayu agar pihak kedutaan Malaysia dan Kemboja, serta pihak polis kedua-dua negara bekerjasama dalam menangani kes ini.
"Saya ingin merayu kepada kedutaan Malaysia untuk melakukan penyelarasan dengan pihak kedutaan Kemboja, selain menggunakan kebijaksaan politik dan pasukan polis kedua-dua negara untuk menyelamatkan kesemua enam mangsa.
Ini merupakan kes kedua penipuan pekerjaan melibatkan warga Malaysia selepas 47 individu ditahan di Penjara Bentey Meachey kerana disyaki juga terlibat dalam aktiviti panggilan penipuan pada tahun 2019.
BACA: 47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja
Astro Awani
Fri May 06 2022

Lo Khere Chiang bercakap pada sidang media di Pusat Khidmat Dun Batu Kitang. - Astro AWANI

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Pelbagai pihak bantu ringankan beban mangsa banjir di Sarawak
Selain NGO, beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat pagi ini
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi ini semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di PPS.

Banjir termenung: Mangsa di Johor kekal 36 orang
Situasi banjir di Johor tidak berubah dengan 36 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah PPS pagi ini.

Banjir di Pahang pulih sepenuhnya, mangsa di Johor kekal 36 orang
Di Pahang, PPS terakhir iaitu Balai Raya Kampung Baru Pertanian di daerah Maran ditutup 12.30 tengah hari tadi.

Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.

Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.

Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Seramai 433 mangsa daripada 123 keluarga kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.

Gelombang kedua banjir: Mangsa di pantai timur meningkat
Setakat jam 6 pagi Rabu, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.