KUALA BESUT: Mangsa terakhir kejadian bangunan runtuh di sebuah resort di Pulau Perhentian dekat sini ditemukan maut oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) petang ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata mayat pekerja lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Suparno berusia 40-an, dibawa keluar dari bawah runtuhan bangunan itu pada 3.15 petang.
"Mayat kemudian dibawa ke jeti Kuala Besut sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk urusan bedah siasat.
"Keadaan mayat sudah berbau memandangkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan itu lebih 24 jam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Mazli berkata operasi SAR yang bermula semalam ditamatkan hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua terlibat membabitkan 83 anggota daripada pelbagai agensi serta pihak lain yang turut membantu.
Tujuh individu dilaporkan terperangkap apabila tapak pembinaan bangunan setinggi tiga tingkat sebuah resort di Pulau Perhentian runtuh pada 4.30 pagi semalam.
Runtuhan itu menimbus tujuh pekerja terdiri daripada enam warga asing dan seorang warga tempatan yang ketika itu sedang tidur di tapak pembinaan berkenaan.
Empat berjaya diselamatkan orang ramai manakala dua lagi dikeluarkan pasukan SAR pada 12.50 tengah hari semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
![Mangsa terakhir runtuhan bangunan di Pulau Perhentian ditemui Mangsa terakhir runtuhan bangunan di Pulau Perhentian ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699612475_TBPERHENTIANRUNTUH.jpg)
Mayat pekerja lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Suparno berusia 40-an, dibawa keluar dari bawah runtuhan bangunan itu pada 3.15 petang. - Gambar/ JBPM
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Imigresen tahan 26 warga asing di Pulau Perhentian Imigresen tahan 26 warga asing di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726025711_wargaasing.jpg)
Imigresen tahan 26 warga asing di Pulau Perhentian
Kebanyakan mereka dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan manakala yang lain bekerja di lokasi terbabit selama kira-kira sembilan bulan.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
![Pengusaha bimbang kenaikan caj masuk pelancong asing ke Pulau Perhentian Pengusaha bimbang kenaikan caj masuk pelancong asing ke Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717402320_tbBesutPelancong.jpg)
Pengusaha bimbang kenaikan caj masuk pelancong asing ke Pulau Perhentian
Caj di bawah seliaan Majlis Daerah Besut itu dijangka meningkat daripada RM5 kepada RM20 bagi setiap seorang pelancong.
![Tapak bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian disita Tapak bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian disita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700032183_runtuhanPulauPerh.jpg)
Tapak bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian disita
Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengeluarkan notis sitaan tapak pembinaan bangunan resort di Pulau Perhentian yang runtuh pada 10 Nov lepas.
![Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699539721_runtuhanPulauPerh.jpg)
Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia
Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian di Besut meninggal dunia pada Ahad.
![Operasi SAR runtuhan di Pulau Perhentian masih diteruskan Operasi SAR runtuhan di Pulau Perhentian masih diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699539721_runtuhanPulauPerh.jpg)
Operasi SAR runtuhan di Pulau Perhentian masih diteruskan
Empat pekerja warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian pada pagi Khamis.
![Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699498653_TBjambatanbomba.jpg)
Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan
Empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.
![Disangka hilang, empat sekeluarga selamat pulang ke rumah Disangka hilang, empat sekeluarga selamat pulang ke rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696323743_sangkahilang.jpg)
Disangka hilang, empat sekeluarga selamat pulang ke rumah
Empat sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan 'hilang' selepas bercuti di Pulau Perhentian selamat pulang ke pangkuan keluarga di Kluang, Johor.
![Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674119045_mayat.jpg)
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
![Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684625250_BotAmbulansKlinik.jpg)
Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.