Wanita yang terjun dari kereta bekas suaminya dan kemudian dilanggar sebuah kereta lain pada 26 Feb lepas meninggal dunia petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata Rosniza Fadzil, 30, meninggal pada pukul 4.06 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Beliau berkata kes tersebut akan siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di Kepala Batas dekat sini koma akibat cedera di kepala dan badan dalam kejadian di Bukit Pinang.
Dia dikatakan sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya sebelum dilanggar dari belakang oleh bekas suaminya sebelum dia ditarik masuk ke dalam kereta tersebut.
Mangsa yang cuba melepaskan diri dikatakan melompat keluar sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain.
Pihak polis menahan bekas suaminya di Baling tiga hari lepas.
Menurut kakak mangsa, Rosliza, 35, adiknya kerap diganggu bekas suaminya selepas mereka bercerai buat kali ketiga akhir tahun lepas.
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Bukit Pinang awal pagi esok.
Mangsa mempunyai dua orang anak lelaki berumur lima dan 11 tahun.
Bernama
Mon Mar 02 2015

...
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Mohamad Fahmi Hafiz
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews

Mangsa terjun dari kereta bekas suami meninggal dunia
Wanita yang terjun dari kereta bekas suaminya dan kemudian dilanggar sebuah kereta lain pada 26 Feb lepas meninggal dunia petang tadi.