KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan memastikan lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang, di sini semalam diberikan rawatan terbaik.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau bersama Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Selayang Dr Afidah Ali serta pasukan doktor yang merawat mangsa telah bertemu keluarga mangsa.
"Ini bagi menjelaskan keadaan yang berlaku termasuk usaha-usaha yang dilakukan dalam memastikan pesakit diberikan rawatan yang terbaik," katanya dalam catatan di Twitter beliau, hari ini.
Selain itu, Dr Zaliha berkata status terkini pesakit juga akan dilaporkan dari semasa ke semasa kepada keluarga dan insiden sedang disiasat pihak berwajib.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter berkata kejadian tikaman itu dilakukan oleh seorang pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata kementerian akan mengkaji semula prosedur operasi standard bagi pesakit yang mengalami gangguan mental.
"Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kita perlu melindungi pesakit di Jabatan Kecemasan dan klinik kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter berkata kejadian tikaman itu dilakukan oleh seorang pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.- Fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Arwah, isteri saya yang sah” - Suami mangsa tikam
Dakwaan Siti Zulaila seorang janda menghiris perasaan suaminya, Mohamad Shazwan Hafizi dan keluarga.

Mangsa tikam Hospital Selayang diberi rawatan terbaik - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan akan memastikan lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang semalam diberikan rawatan terbaik.

Warga Myanmar maut ditikam rakan senegara
Seorang lelaki berumur 22 tahun dijumpai terbaring di dalam bilik pertama dan terdapat kesan darah di bahagian dadanya.