Pelbagai perancangan dirangka Barisan Nasional (BN) demi memperkasakan golongan wanita, terutamanya dalam meningkatkan aspek ekonomi golongan yang disifatkan sebagai 'ratu hati negaraku' Malaysia.
Bagi memperkasakan kaum hawa di negara ini, BN menawarkan penubuhan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri serta sebuah Koperasi Wanita bagi kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk wanita bergiat lebih aktif dalam membangunkan ekonomi keluarga dan negara.
Ia menjadi antara agenda utama Manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN, malam ini.
Manifesto bertemakan 'Bersama BN Hebatkan Negaraku' itu turut menggariskan perancangan terperinci dalam memartabatkan golongan ibu dan wanita di negara ini iaitu:
- Menubuhkan pusat transformasi usahawan wanita (model PASARNITA) yang akan melebarkan jaringan perniagaan.
- Memudah cara proses pemerolehan pinjaman golongan wanita tunggal.
- Memudahkan syarat pinjaman mikrokredit untuk usahawan wanita.
- Menyemarakkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) wanita dan ibu tunggal dengan mewujudkan jaringan kerjasama yang mantap.
- Menambah pendapatan ibu-ibu tunggal B40 melalui latihan di Kursus Asuhan PERMATA.
- Menggilap potensi ibu-ibu tunggal melalui program peningkatan kemahiran dan latihan.
- Menjamin sekurang-kurangnya 30 peratus keanggotaan Dewan Negara disandang wanita.
- Memperluaskan penglibatan dan peluang wanita sebagai pembuat keputusan.
- Menggubal Akta Gangguan Seksual untuk melindungi mangsa.
- Menubuhkan Majlis Kehakiman Syariah Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sebagai satu jawatankuasa induk untuk membincangkan dan menyelaraskan isu-isu berkaitan hal ehwal perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.
- Menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu-ibu mengandung pulang sejam lebih awal.
- Memperluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan.
- Menggalakkan syarikat-syarikat mengamalkan dasar Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan.
- Meningkatkan jumlah tawaran Rumah Transit Belia 1Malaysia untuk yang baharu memulakan kerjaya.
- Menyediakan kaunter perkhidmatan khas khusus untuk wanita di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
Bernama
Sat Apr 07 2018
Manifesto bertemakan 'Bersama BN Hebatkan Negaraku' menggariskan perancangan terperinci dalam memartabatkan golongan ibu dan wanita di negara ini. - Gambar hiasan
Kemasukan UK buka akses ke pasaran utama eksport - PM
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SEZ Johor-Singapura, eratkan integrasi dalam ASEAN
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Syria benarkan PBB bentuk zon penampan dengan Israel
Syria bersedia untuk untuk menerima kemasukan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membentuk zon penampan dengan Israel.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.