BUKIT MERTAJAM: Majlis Pemulihan Negara (MPN) memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sewajarnya walaupun itu sudah diputuskan, untuk tempoh awal ini mesti ada cara bagi kerajaan memberikan perhatian untuk membantu pengusaha tempatan supaya tidak terjejas dengan perubahan dasar.
"Saya menyokong pemansuhan AP terhadap makanan ini namun dalam keadaan ia memberikan keuntungan kepada pengguna, kita tidak mahu para pengusaha pula yang akan rugi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Gerakan Pulau Pinang di sini hari ini.
Jelasnya, tujuan asal AP ini adalah untuk melindungi pengeluar tempatan iaitu pengimport dibenarkan dengan kuota tertentu supaya tidak beri kesan negatif kepada pengusaha tempatan.
Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.
Ismail Sabri berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan beliau bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Muhyiddin berkata sewajarnya walaupun itu sudah diputuskan, untuk tempoh awal ini mesti ada cara bagi kerajaan memberikan perhatian untuk membantu pengusaha tempatan supaya tidak terjejas dengan perubahan dasar. - Gambar fail/BERNAMA

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.

Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM
KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga diminta bentangkan mekanisme bagi mengatasi isu-isu berkenaan.

Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian
MPN memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan AP terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.