SHAH ALAM: Pemuda UMNO mencadangkan supaya pemansuhan skim pencen bagi penjawat awam dimulakan dengan wakil rakyat terlebih dahulu.
Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh berkata, keputusan kerajaan itu dilihat seperti berat sebelah kerana wakil rakyat boleh menikmati pencen tetapi sebaliknya untuk rakyat.
“Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini. Tetapi biarlah pemansuhan skim pencen dimulakan oleh wakil rakyat terlebih dahulu.
“Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka, tetapi kita pula menikmati pencen sehingga mati. Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat!” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini, Kabinet dilaporkan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen dan pengumuman mengenai tempoh serta tarikh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas tetapi golongan baharu yang dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dalam pada itu, Akmal mengharapkan cadangan yang dikemukakan itu diteliti semula dan dipersetujui oleh kerajaan termasuk semua wakil rakyat.
“Ini kerana kami percaya dengan prinsip kepimpinan melalui tauladan. Mohon cadangan ini diambil kira dan dipersetujui oleh semua wakil rakyat sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang,” ujarnya.
Sementara itu pandangan sama turut disuarakan Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon.
Beliau berkata, wakil rakyat dan menteri perlu menjadi contoh berada di garisan hadapan.
"Jika kerajaan Persekutuan mencadangkan pemansuhan skim pencen untuk penjawat awam, biarlah wakil rakyat, menteri, YB (Yang Berhormat) mula dulu.
"Ya, beban kewangan kerajaan kita berat, tapi janganlah sesekali menolak rakyat kita ke depan dulu!," ujarnya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook rasminya pada Khamis.
Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor itu, menambah sektor kesihatan awam akan menjadi semakin teruk jika doktor dan jururawat tidak mahu berkhidmat disebabkan pemansuhan pencen dan tawaran kontrak ini.
"Tambahan pula sektor kesihatan kita mengalami kekurangan staf seperti doktor dan jururawat yang serius.
"Isu ini akan semakin teruk sekiranya rakyat tidak mahu berkhidmat dengan pemansuhan pencen dan tawaran kontrak ini," katanya.
Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Yong Peng menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan pemansuhan pencen tersebut bagi memastikan perkhidmatan awam kompetitif.
"Sebarang dasar dilaksanakan perlu diteliti dan memastikan ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam negara kita.
"Kerajaan perlu mengkaji semula dasar tersebut dan janganlah hanya melibatkan pencen penjawat awam sahaja," jelasnya.
Pada Rabu, Kabinet dilaporkan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.
Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP.
Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 25 2024

Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat, kata Dr Akmal berhubung cadangan pemansuhan pencen penjawat awam sedangkan wakil rakyat masih boleh menikmatinya. - Gambar Facebook

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Naikkan gaji penjawat awam, hapuskan pencen menteri, wakil rakyat
Politik berubah tetapi penjawat awam kekal, tegas Syed Saddiq.

'Mansuhkan dulu skim pencen wakil rakyat' - Akmal Saleh
Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat!