PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan akan melancarkan manual etika kewartawanan bulan ini yang bakal memberikan penegasan kepada beberapa aspek termasuk pengesahan sesuatu berita.
Menteri berkenaan, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah bertemu dengan wakil Jabatan Penerangan semalam dan sudah melakukan sedikit penyelarasan.
"Kita jangkakan selepas Tahun Baharu Cina, kita akan mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan manual tersebut," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil.2/2024, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, manual itu akan memberi penegasan kepada aspek tertentu termasuk pengesahan sesuatu berita dan beberapa fungsi lain.
"Insya-Allah, dekat dengan tarikh itu dan setelah selesai sedikit lagi penelitian, kita boleh kongsi lebih banyak isi kandungannya," kata beliau.
Ditanya mengenai perkembangan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dalam kalangan warga Kementerian Komunikasi, Fahmi berkata, penglibatan yang ditunjukkan amat menggalakkan dan semakin positif berbanding sebelum ini.
"Bagi sesetengah penjawat awam, mungkin mereka merupakan ketua isi rumah dan proses mendaftar anggota keluarga juga sebahagian daripada proses itu (yang akan mengambil masa) tetapi langkah pertama ialah pendaftaran," katanya.
Pada 2 Jan lepas, kerajaan melancarkan PADU iaitu pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.
Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem itu.
Ini bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.padu.gov.my. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024

Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan akan melancarkan manual etika kewartawanan bulan ini yang bakal memberikan penegasan kepada beberapa aspek termasuk pengesahan sesuatu berita, kata Fahmi. - Gambar Bernama

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Fahmi ingatkan pengamal media jaga aib, adab dalam pelaporan berita
Fahmi berkata teguran JAIS berkaitan liputan keterlaluan oleh pihak media berhubung isu perceraian Fattah-Fazura perlu diberi perhatian.

Awasi penggunaan AI dalam penghasilan berita - PWP
PWP menyarankan agar penggunaan teknologi AI dalam penghasilan berita perlu diawasi demi meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan integriti maklumat disampaikan kepada masyarakat.

Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.

Manual etika kewartawanan bakal dilancar bulan ini - Fahmi
Manual itu akan memberi penegasan kepada aspek tertentu termasuk pengesahan sesuatu berita dan beberapa fungsi lain.

Media perlu sebar luas berita yang benar, bantu peranan agensi agama - Mohd Na'im
Pengamal media perlu memainkan peranan dalam menyebarluaskan berita yang benar bagi membantu peranan agensi agama di negara ini.

Etika kewartawanan, penyebaran berita palsu antara tumpuan HAWANA 2023
Cabaran utama dihadapi wartawan kini adalah penyebaran maklumat tidak sahih oleh pengguna media sosial yang tidak terlatih.

Tindakan kasari wartawan dikesali persatuan kewartawanan
Semua pihak harus faham tugas seseorang wartawan yang hadir ke satu-satu program hanya untuk membuat liputan dan tidak terlibat di dalam program berkenaan.

Media kini semakin bebas - Wan Azizah
Katanya, kebebasan itu seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh pengamal industri itu untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Berita parodi, berita palsu, berita betul
Beberapa media baru-baru ini terperangkap menganggap berita parodi sebagai berita benar. Noor Azam Shairi menulis pandangannya tentang etika kewartawanan.