Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa ulama di negara ini membantah Jeddah World Fest (Festival Dunia Jeddah) yang bakal diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada 18 Julai ini.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, acara pertama seumpama diadakan di negara itu dilihat seolah-olah Arab Saudi sedang menarik sedikit demi sedikit larangan ke atas industri hiburan.
"Mapim kesal atas tindakan kerajaan Arab Saudi kebelakangan ini dilihat menyerlahkan kepincangan dengan melakukan pelbagai langkah yang boleh mencemari Islam.
“Amat mengejutkan apabila diumumkan festival itu mengundang penghibur lucah hip-hop, Nicki Minaj sebagai penghibur utama. Artis lain yang diundang termasuk Liam Payne dan DJ Steve Aoki,” katanya.
Menurutnya, ulama harus mengadakan sidang khas membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menegur Arab Saudi serta menggembleng umat Islam bangkit menentang pencemaran di tanah suci Islam.
“Amat malang ulama bawah kerajaan Arab Saudi hanya membisu sehingga tiada suara menegur Raja Salman manakala mereka yang mengkritik kerajaan Arab Saudi atas isu krisis dengan Qatar, rundingan damai dengan Israel, pembunuhan Jamal Khashoggi, ditahan dan didakwa mengkhianat serta ada dihukum bunuh,” katanya.
Mohd Azmi berkata, kerajaan Arab Saudi mendakwa festival itu ‘selaras dengan undang-undang Saudi dan bebas arak dan dadah’, selain terbuka kepada 16 tahun ke atas.
“Walaupun Nicky Minaj umum menarik diri dari acara tersebut dengan alasan tidak bersetuju dengan polisi Arab Saudi mengharamkan LGBT, melanggar hak manusia terhadap wanita serta menafikan kebebasan bersuara, namun mengundang beliau menyertai konsert itu satu keputusan mengejutkan.
“Acara yang akan diadakan di Stadium Sukan Raja Abdullah di bandar Laut Merah itu turut menyediakan kemudahan visa elektronik pantas untuk penonton dari luar Saudi,” katanya.
Menurutnya, Mapim kesal kerajaan Arab Saudi menyimpang daripada ajaran Islam sehingga membenarkan acara seumpama diadakan di bumi yang terletaknya Masjidil Haram (Kaabah) di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
“Jeddah termasuk dalam kawasan miqat Haji dan kini musim jemaah seluruh dunia berpusu-pusu menunaikan ibadah itu. Kami gesa ulama di Malaysia tidak berdiam diri. Ulama harus menegur dan berusaha agar dua tanah suci itu tidak dicemari budaya jahiliah,” katanya.
Sinar Harian
Sun Jul 14 2019

Mohd Azmi berkata, ulama harus mengadakan sidang khas membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menegur Arab Saudi serta menggembleng umat Islam bangkit menentang pencemaran di tanah suci Islam. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Fasa pertama pembinaan bangunan terpanjang dunia The Line bermula
Pembinaan fasa pertama, Hidden Marina, telah dimulakan dan akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.

Arab Saudi anggap cadangan PM Israel helah alih tumpuan daripada jenayah perang di Gaza
Arab Saudi menyatakan penghargaan kepada kecaman, bantahan dan penolakan penuh daripada negara-negara Arab terhadap Benjamin Netanyahu yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin.

Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.