KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada Rabu menyokong ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang lantang menyuarakan hak Palestin dan mengkritik negara barat yang bersikap hipokrit dalam memperjuangkan kebebasan Palestin.
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata seluruh rakyat Malaysia juga bangga dengan pendirian Anwar dan akan bersama menyuarakan isu Palestin tanpa gentar serta takut, sehingga hak Palestin dikembalikan.
"Kami menyokong ketegasan Perdana Menteri bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada ugutan. Malaysia harus berdaulat mempertahankan haknya untuk bersuara atas hujah prinsip kebenaran, keadilan dan kemanusiaan, serta berdasarkan undang-undang antarabangsa.
"Kami menyatakan dengan tegas bahawa jika tekanan sekatan dikenakan ke atas Malaysia, seluruh rakyat akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Kami akan bersama pendirian kerajaan dengan memastikan kedaulatan ekonomi tidak tergugat," katanya dalam kenyataan, pada malam Rabu.
Mohd Azmi juga berkata rakyat negara ini harus menyatakan pendirian bersolidariti bersama Anwar dalam isu Palestin, selain menyarankan bahawa Malaysia tidak hanya bergantung kepada negara Barat.
Semalam, ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Anwar mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Menurutnya, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Mohd Azmi berkata rakyat negara ini harus menyatakan pendirian bersolidariti bersama Anwar dalam isu Palestin, selain menyarankan bahawa Malaysia tidak hanya bergantung kepada negara Barat. - Gambar Bernama

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.