KUALA LUMPUR:Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyifatkan sebarang pengisytiharan darurat adalah suatu cadangan tidak bijak untuk menguruskan krisis pandemik COVID-19 dan ketidakstabilan politik negara.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, situasi sekarang tidak memerlukan langkah itu diambil, malah alasan untuk memenuhi keperluan darurat juga tidak kukuh.
Sehubungan itu, beliau berkata, MAPIM menolak sebarang manipulasi politik untuk melumpuhkan fungsi institusi demokrasi negara demi menyelamatkan kedudukan dan kuasa politik sesuatu pihak.
"Kedudukan rakyat akan semakin parah jika darurat menyekat perjalanan harian rakyat yang sudah berada dalam keadaan tenat.
"Jutaan rakyat bawahan akan terjejas baik dari segi ekonomi mahupun sosial jika darurat diisytiharkan.
"Walau apapun istilah darurat diguna seperti darurat pentadbiran, darurat kesihatan atau darurat politik, namun darurat secara perundangan akan tetap menjejaskan kehidupan rakyat dan mempunyai implikasi kepada ekonomi dan sosial negara," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, pihaknya tidak menolak wujud keghairahan ahli politik untuk bersaing antara satu sama lain dan berhujah demi kesejahteraan rakyat.
Katanya, akan tetapi dalam masa yang lain aktif melobi jawatan dan tawar menawar jawatan.
"Pandemik COVID-19 dan penguncupan ekonomi hanya bermain di atas bibir ahli politik tanpa komitmen yang tulen," katanya.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
BACA: Apa itu Darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu
BACA: Netizen mahu darurat kesihatan, bukan PRU-15!
Sementara itu, berikut merupakan cadangan MAPIM bagi mengelakkan pengisytiharan darurat dilakukan :
1. Meneruskan perjalanan Parlimen untuk membahaskan penyelesaian kepada krisis kesihatan awam dan ekonomi negara.
2. Lantik Perdana Menteri yang memiliki sokongan majoriti yang kukuh di Dewan Rakyat dan wujudkan jemaah menteri Kabinet berdasar merit.
3. Wujudkan pelan setahun melawan COVID-19 yang menggabungkan kekuatan seluruh agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta swasta dalam sebuah pelan yang komprehensif.
4. Wujudkan pelan tindakan ekonomi domestik yang kuat untuk menyegarkan dan mengukuhkan permintaan lokal.
5. Adakan dasar menyeluruh dan modus operandi yang terperinci untuk mengawal penyakit berjangkit COVID-19.
6. Wujudkan mekasnisma yang benar-benar telus dan terkawal pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilhan Raya Kecil (PRK) dijalankan secara pos dan atas talian atau cara yang lain yang difikirkan sesuai.
Fauzi Suhaimi
Sun Oct 25 2020
![MAPIM sifatkan darurat langkah tidak bijak urus krisis COVID-19, kemelut politik MAPIM sifatkan darurat langkah tidak bijak urus krisis COVID-19, kemelut politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/61527848455_mapim.jpg)
Mohd Azmi berkata, situasi sekarang tidak memerlukan darurat, malah alasan untuk memenuhi keperluan darurat tidak kukuh. - Gambar fail BERNAMA
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik - MAPIM Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698251891_TBMohdAzmi.jpg)
Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik - MAPIM
Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik, kata Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid.
![MAPIM sertai persidangan NGO antarabangsa di Dubai MAPIM sertai persidangan NGO antarabangsa di Dubai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678396632_MAPIM.jpg)
MAPIM sertai persidangan NGO antarabangsa di Dubai
MAPIM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan persidangan edisi ke-19 itu bertemakan 'Tenaga dan Bantuan: memanfaatkan sumber yang ada'.
![11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi 11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/81467011649_Marmara.jpg)
11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi
Mohd Azmi Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan agar segala bentuk serangan dan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza dihentikan segera.
![MAPIM sifatkan darurat langkah tidak bijak urus krisis COVID-19, kemelut politik MAPIM sifatkan darurat langkah tidak bijak urus krisis COVID-19, kemelut politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/61527848455_mapim.jpg)
MAPIM sifatkan darurat langkah tidak bijak urus krisis COVID-19, kemelut politik
Mohd Azmi berkata, situasi sekarang tidak memerlukan darurat, malah alasan untuk memenuhi keperluan darurat tidak kukuh.
![Ladang Ummah tawar pekerjaan kepada golongan asnaf Ladang Ummah tawar pekerjaan kepada golongan asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592559978_MajlisPerundingan.jpg)
Ladang Ummah tawar pekerjaan kepada golongan asnaf
MAPIM buka ladang ternakan dan tanaman di Kedah dan Pahang yang akan buka peluang pekerjaan kepada golongan asnaf.
![MAPIM akan bina Perkampungan Ummah untuk golongan asnaf MAPIM akan bina Perkampungan Ummah untuk golongan asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71592479652_PIMAKANBINAPERKAM.jpg)
MAPIM akan bina Perkampungan Ummah untuk golongan asnaf
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia akan membina kediaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi golongan asnaf di negara ini.
![Koronavirus: Malaysia masih amalkan dasar buka pintu - Saifuddin Koronavirus: Malaysia masih amalkan dasar buka pintu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580903141_SaifuddinAbdullah.jpg)
Koronavirus: Malaysia masih amalkan dasar buka pintu - Saifuddin
Kerajaan mengambil keputusan untuk memperluaskan sekatan perjalanan meliputi wilayah lain, namun ia masih bersifat praktikal.
![Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563491656_YattHamzah.jpg)
Yatt Hamzah syukur suami, rakan artis dan sukarelawan bukan ditahan tentera Israel
Pelakon Yatt Hamzah luah rasa syukur apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, beberapa sukarelawan serta rakan-rakan artis seperti Heliza dan Hazwani Helmi bukan ditahan oleh tentera Israel.
![Myanmar perlu digantung dari ASEAN - NGO Myanmar perlu digantung dari ASEAN - NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455094583_MohdAzmiAbdulHami.jpg)
Myanmar perlu digantung dari ASEAN - NGO
Myanmar perlu digantung daripada menganggotai ASEAN jika krisis kemanusiaan terus berlaku khususnya terhadap etnik Rohingya.