PASIR MAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan menahan kemasukan konsainan buah mangga dari Thailand kerana dikesan mempunyai serangga perosak disyaki daripada spesies Mango Pulp Weevil (Sternochetus Frigidus).
Pengarah MAQIS Kelantan Syed Fuad Syed Putra berkata penahanan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguasa MAQIS di laluan import Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada 6 Dis lepas.
"Kesemua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM8,640 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.
"Penahanan ini bertujuan menghalang dan mengawal kemasukan serangga perosak yang boleh melumpuhkan industri pertanian negara terutama melibatkan industri tanaman mangga tempatan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Syed Fuad berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mengimport keluaran pertanian yang dipercayai mempunyai serangga perosak.
Jika sabit kesalahan, katanya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.
"MAQIS sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan terhadap keluaran pertanian yang diimport ke Malaysia bagi menjamin setiap keluaran pertanian tiada perosak, penyakit atau bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
![Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702481967_TBMaqis.jpg)
Penahanan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguasa MAQIS di laluan import Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada 6 Dis lepas. - Foto: MAQIS
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739617937_HostagesFamily.jpg)
Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.
Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib
Menteri pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib menjelaskan banyak telaga tiub di Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dan Sibuga tidak berfungsi kerana gagal diselenggara dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
Pembukaan syarikat berteknologi tinggi buka banyak peluang pekerjaan di Sarawak
Tan Sri Abang Johari berkata usaha kerajaan negeri meningkatkan ekonominya itu dengan membangunkan beberapa syarikat penting dan berteknologi tinggi akan menarik minat anak Sarawak untuk kembali bekerja di Bumi Kenyalang menerusi peluang pekerjaan yang disediakan.
![Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
![Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702481967_TBMaqis.jpg)
Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak
Kesemua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM8,640 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.
![FAMA Perlis sasar pasarkan 10 tan Harumanis tahun ini FAMA Perlis sasar pasarkan 10 tan Harumanis tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677222271_Harumanis.jpg)
FAMA Perlis sasar pasarkan 10 tan Harumanis tahun ini
Jumlah tersebut bergantung kepada kapasiti pengeluaran buah pada tahun ini yang dijangka berkurangan berbanding pada tahun lepas.
![Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621252328_Harummanis.jpg)
Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis
Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu.
![Pembantu makmal perintis tanaman Harum Manis di Kelantan Pembantu makmal perintis tanaman Harum Manis di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41593145483_BPHARUMMANISx.jpg)
Pembantu makmal perintis tanaman Harum Manis di Kelantan
Usaha menanam pokok mangga Harum Manis itu dilakukan sendiri menggunakan modal RM5,000 dari wang simpanan.
![Harumanis subur di Terengganu, manis 'leting' Harumanis subur di Terengganu, manis 'leting'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61592016623_harummanis.jpg)
Harumanis subur di Terengganu, manis 'leting'
Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas.
![MAQIS rampas ubi keladi, mangga seludup dari Thailand MAQIS rampas ubi keladi, mangga seludup dari Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81586574699_MAQISgagalkancubaa.jpg)
MAQIS rampas ubi keladi, mangga seludup dari Thailand
Menurut pengarah MAQIS negeri Kedah, Lily Rosalind, pihaknya menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
![Tiada keperluan bawa keluar Harumanis ke luar negara - Azlan Man Tiada keperluan bawa keluar Harumanis ke luar negara - Azlan Man](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41495728426_Harummanis.jpg)
Tiada keperluan bawa keluar Harumanis ke luar negara - Azlan Man
Tahap kualiti yang diletakkan oleh negara luar begitu tinggi dan Perlis sebenarnya tidak perlu eksport mangga Harumanis ke luar.
![Cubaan seludup bunga ros, mangga dari negara jiran gagal Cubaan seludup bunga ros, mangga dari negara jiran gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81575509886_TBMaqisRampas.jpg)
Cubaan seludup bunga ros, mangga dari negara jiran gagal
Dua buah lori didapati cuba membawa masuk bunga ros sebanyak 57.60 kilogram (kg) dengan nilai RM576 dan 500kg buah mangga bernilai RM600 tanpa dokumen yang sah.
![Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524962018_Harummanis.jpg)
Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport
Tindakan itu juga diambil sebagai persediaan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan buah gred A pada musim tuaian.