Permohonan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi pembelajaran 2019 bagi Tingkatan 1 dilanjutkan kepada 4 Disember 2018, kata Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Langkah ini berikutan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan esok (29 Nov), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar itu menurut laporan Bernama.
"Sebelum ini, kita iklankan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Nov, tetapi kini dilanjutkan kepada 4 Dis.
"Lanjutan masa ini dilakukan untuk memberi masa kepada pelajar yang berkelayakan membuat permohonan ke MRSM sejurus keputusan UPSR diumumkan nanti, sekali gus mengelak timbulnya masalah pembayaran yuran dan proses pertukaran sekolah.
"Sementara bagi kemasukan Tingkatan 4, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan berdasarkan tarikh pengumuman rasmi peperiksaan PT3 kelak," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita di Program Walkabout ke RBO@KPLB Sempena Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.
BACA: UPSR bukan peperiksaan
Rina berkata, semakan keputusan kemasukan ke MRSM bagi sesi kemasukan 2019 boleh dilakukan secara atas talian bermula 21 Dis melalui pautan rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu www.mara.gov.com.
"Pendaftaran kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM pula akan bermula pada 14 Januari 2019. Kita yakin pendekatan ini akan lebih memudahkan ibu bapa dan pelajar terpilih membuat persiapan dan perancangan lebih awal," katanya.
Menurutnya, setakat 26 Nov, jumlah permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 adalah seramai 69,261 pemohon manakala bagi Tingkatan 4 seramai 23,082 pemohon.
"Kuota maksimum pengambilan pelajar baru di 54 buah MRSM bagi tahun hadapan adalah 7,760 bagi Tingkatan 1. Bagi Tingkatan 4, adalah 2,245 tempat. Untuk kemasukan kali ini, pihak kami akan memberi tumpuan kepada pemohon daripada kumpulan B40 terutama di kawasan luar bandar," katanya.
Astro Awani
Wed Nov 28 2018

Rina bercakap pada sidang media selepas melawat Rural Business Outlet kementeriannya sempena MAHA 2018 di MAEPS hari ini. Turut kelihatan, timbalan beliau, R Sivarasa (kiri). --fotoBERNAMA
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders

Rapid KL lanjut operasi rel, bas sempena sambutan Tahun Baharu 2025
Langkah ini bertujuan memberikan kemudahan kepada warga kota yang ingin menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.

Poliklinik ATM pertama di Pahang beroperasi tahun depan
Sebuah poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pertama di negeri ini bakal beroperasi tahun depan berhampiran Kem Batu 10 di sini, yang akan memanfaatkan 16,000 anggota termasuk keluarga.

SPR digesa wujud pusat mengundi di Semenanjung, Sabah
SPR dicadangkan untuk mewujudkan pusat mengundi di Semenanjung Malaysia dan Sabah sebagai alternatif kepada undi pos ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

MBAM harap kerajaan perkenal langkah khas untuk industri binaan
Ini termasuk masa remobilisasi bagi mengurangkan tekanan terhadap syarikat kontrak terbabit dan mengelak mereka daripada dikenakan penalti LAD akibat isu tidak dijangkakan dan di luar kawalan.

Mara lanjut tarikh permohonan kemasukan ke MRSM sesi 2019
Langkah ini berikutan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan esok (29 Nov), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar itu menurut laporan Bernama.