JOHOR BAHRU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak mengambil mudah dakwaan berhubung ketirisan atau soal integriti dalam pentadbiran agensi itu menerusi surat layang yang tular, semalam.
Pengerusinya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata Mara mempunyai tadbir urus yang ketat selain membuat penambahbaikan menerusi pelantikan baharu di peringkat ahli majlis iaitu bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim dan pakar ekonomi Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali.
"Kita di peringkat Mara ada pelantikan-pelantikan baharu yang di bawahnya ada pelbagai jawatankuasa. Ini adalah satu daripada contoh bagaimana untuk kita hendak memastikan tadbir urus berada pada tahap yang terbaik.
"Apa jua andaian itu (dakwaan) sudah tentu kita akan perhalusi. Kita tidak akan brush off (tepis) sahaja tapi saya pun akan perhalusi perkara itu kerana nama pun surat layang, tidak ada nama orang yang menulis," katanya kepada pemberita selepas jelajah mesra program Jelajah Karnival Institusi Pendidikan Mara (IPMA) Negeri Johor di Plaza Larkin, di sini hari ini.
Asyraf Wajdi berkata sebagai institusi yang membawa amanah rakyat, sasaran beliau adalah memastikan sifar rasuah serta tiada sebarang unsur salah laku yang melibatkan integriti agensi itu.
Beliau berkata setakat ini, berpuas hati dengan pengurusan Mara dan sentiasa memastikan tadbir urus agensi berkenaan dalam tahap yang terbaik.
Semalam, tular di aplikasi Telegram surat layang yang dialamatkan kepada Pengerusi Mara berhubung dakwaan mengenai ketirisan pengurusan Mara terutama dalam sektor keusahawanan MARA.
Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata dalam penawaran kursus dan penajaan oleh MARA, institusi itu akan sentiasa memastikan kebolehpasaran serta permintaan industri selain melihat kepada sumbangan dalam pembangunan negara.
Katanya sehingga hari ini, Mara memiliki 287 Institusi Pendidikan Mara di seluruh negara dengan 269 daripadanya adalah dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Mara dijangka menawarkan sebanyak 20,000 peluang penajaan baharu tahun ini, mengikut peringkat pengajian bermula semester pengajian Julai ini.
IPMA yang berlangsung selama dua hari di Johor menyasarkan 6,000 pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Asyraf Wajdi berkata Mara mempunyai tadbir urus yang ketat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).