SERDANG: Kumpulan saintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menemui satu varieti baharu periuk kera atau nepenthes rafflesiana di Taman Negeri Rompin, Pahang dan Setiu Wetlands, Terengganu kira-kira dua bulan lepas.
Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata varieti terbaharu di Malaysia dan dunia itu, yang mempunyai bentuk seakan-akan telinga serta berwarna hijau kekuningan hingga hijau kemerahan, manakala periuk atasnya mempunyai bentuk silinder lebih kecil, dinamakan zabawiana.
Beliau berkata varieti terbaharu itu belum berdaftar atau diterbitkan dalam mana-mana dokumentasi, jurnal atau laporan yang telah ditentusahkan oleh pakar botani Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad.
Mohamad Zabawi dalam sidang media selepas Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat Mardi di sini pada Rabu, berkata varieti baharu itu mampu tumbuh subur di kawasan tanah rendah, tahan lasak dan mudah dibiakkan menggunakan keratan batang serta berpotensi dikomersialkan sebagai tanaman hiasan.
"MARDI akan menjalankan penyelidikan lanjut mengenai enzim yang terdapat di bahagian bawah struktur periuk dan enzim berkenaan khusus untuk mencerna makanan atau serangga yang masuk ke dalam periuk itu.
"Mungkin kita boleh kaji potensi kegunaan enzim periuk kera untuk tujuan perubatan dan pertanian," katanya.
Menyatakan di Malaysia setakat ini terdapat 14 spesies periuk kera, beliau berkata periuk kera atau nama saintifiknya nepenthes ialah antara tumbuhan karnivor di Malaysia dan menjadi khazanah negara yang unik serta perlu dipelihara.
Pada majlis tersebut, Mohamad Zabawi mengumumkan MARDI memperoleh tiga pingat emas dan satu perak dalam pertandingan di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2023 pada Mac lepas, serta membawa pulang Anugerah Khas oleh Chinese Innovation and Invention Society, Taiwan menerusi inovasi Ayam Saga dan Formulasi Makanan Ayam Menggunakan Bahan Asas Tempatan.
MARDI turut membawa pulang tujuh pingat emas dan tiga perak dalam pertandingan Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
![MARDI temui varieti baharu periuk kera MARDI temui varieti baharu periuk kera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684935110_TBMardi.jpg)
Mohamad Zabawi berkata varieti terbaharu itu belum berdaftar atau diterbitkan dalam mana-mana dokumentasi, jurnal atau laporan. - Gambar Bernama
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![MARDI perlu ambil peranan tingkat pengurusan harta intelek - Armizan MARDI perlu ambil peranan tingkat pengurusan harta intelek - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729073608_ArmizanMARDI.jpg)
MARDI perlu ambil peranan tingkat pengurusan harta intelek - Armizan
KPDN berhasrat menjadikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai organisasi ke-26 dalam program Technology Innovation Support Centre (TISC).
![Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720857601_tbTengkuAmirRumpu.jpg)
Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor
Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan baja kepada pesawah dalam program itu dan diakhiri dengan majlis santapan.
![MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718024569_MARDI.jpg)
MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun
Persidangan tersebut antaranya akan menumpukan membincangkan berhubung kepentingan sekuriti makanan.
![Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715072869_harumanis.jpg)
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
![Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711296633_PemudaGEMA.jpg)
Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan
Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan MARDI dan SWCorp Johor.
![Kerjasama penyelidikan MARDI, AREEO perlu dipergiat - Mohamad Sabu Kerjasama penyelidikan MARDI, AREEO perlu dipergiat - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707997239_MohamadSabu.jpg)
Kerjasama penyelidikan MARDI, AREEO perlu dipergiat - Mohamad Sabu
Mohamad berkata ia antara yang dibincangkan bersama Menteri Pertanian Republik Islam Iran Mohammad Ali Nikbakht di Kementerian Pertanian Iran, Tehran hari ini.
![Rasuah: Bekas pengurus inkubator MARDI dihukum penjara dua tahun, denda RM85,000 Rasuah: Bekas pengurus inkubator MARDI dihukum penjara dua tahun, denda RM85,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707989627_TBRasuahjpg.jpg)
Rasuah: Bekas pengurus inkubator MARDI dihukum penjara dua tahun, denda RM85,000
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan yang munasabah.
![MARDI sasar kurangkan import bawang sehingga 30 peratus menjelang 2030 MARDI sasar kurangkan import bawang sehingga 30 peratus menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706966887_Onions.jpg)
MARDI sasar kurangkan import bawang sehingga 30 peratus menjelang 2030
MARDI memulakan penanaman tiga jenis bawang secara kecil-kecilan untuk tempoh 2024 hingga 2025 dengan fokus kepada penghasilan bawang merah.
![Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706745684_PenanamanBawangMer.jpg)
Inisiatif penanaman bawang skala besar dilaksana melalui dua fasa - Jabatan Pertanian
Projek upskilling tanaman bawang dijalankan pada 24 Jan lepas di kawasan seluas satu hektar di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak.
![MARDI edar benih bawang merah secara skala besar kepada petani MARDI edar benih bawang merah secara skala besar kepada petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706704490_TBbawang.jpg)
MARDI edar benih bawang merah secara skala besar kepada petani
Usahawan yang dipilih akan diberi bimbingan teknikal melalui kursus dan latihan serta dibekalkan dengan benih bawang secara percuma.